Friday, April 29, 2011

Tuhan dan Adam

Bila teman menung-menungkan, rupanya kita hanya berpusing-pusing pada satu titik yang sama. Titik tu maknanya qadirun dan muridun. Ade tak dalil naqli atau aqlinya ? Dalam Qur`an secara khususnya tak la diberitahu. Tetapi isyaratnya ade. Tuhan mencipta, menguruskan ciptaanNya dan kepadaNyalah semuanya akan dikembalikan. Jadi kena baca tafsir Qur`an orang yang pakar bidang kerohanian seperti Futuhat Makiyah oleh Ibnu Arabi. dalil Maknanya makhluk Tuhan ni akan menjalani proses permulaan kehidupan, pengembangan dan akhirnya akan dikembalikan ke bentuk asalnya. Tidak kiralah sama ada jasmaninya atau rohaninya. Jasmaninya gabungan tanah, air, api dan angin akan bercerai ke bentuk azalinya. Secara fizikalnya jasad manusia akan mereput kecuali jasad terpilih. Ada yang kekal begitu seperti jasad syuhada dan para Nabi serta Rasul hingga ke hari qiamat. Jasad yang biasa-biasa, jasadnya akan mereput kecuali hujung tulang tongking (sulbi) sebesar biji sawi akan kekal hingga ke hari kebangkitan. Tak caya korek le kubur sape-sape yang lama dah mati. Ada juga jasad yang ghaib setelah berpulang. Ngape ye ? Inilah jasad manusia yang terpilih dan jasad yang mengenal Tuhannya. Apa yang dikenalnya ? Tentulah Zat, Sifat, Afal dan AsmakNya. Jangan silap ada juga jasad yang ghaib tetapi ghaibnya dilarikan jin yang ada perjanjian dengan jasad tersebut. Beginilah sebahagian daripada taqdir Tuhan kepada makhlukNya. Tak percaya rosak iman. Hal ini kerana bersangkutan dengan aqidah. Yang inilah manusia tidak suka. Bukan ape, mereka ini tidak belajar ilmu aqidah yang menjurus kepada mengenal Tuhan. Tambah pulak ada kepentingan dunia. Lagilah berasap kepala. Yang syaitan pulak tiupkan api nafsu amarahnya. Lagilah menjadi-jadi. Teman harap cebis ilmu ini ada manfaatnya kepada para pembaca supaya kita kenal siapa kita sebenarnya dan nak ke mana selepas detik ini.

No comments:

Post a Comment