Rata-rata manusia hari ini akan membicarakan soal Islam. Maksudnya yang berkaitan dengan upacara ritual Islam seperti sembahyang, puasa, zakat fitrah dan ibadah haji dan umrah. Golongan pencen pula banyak bicara tentang tajwid dan aktiviti mengimarahkan mesjid dan surau. golongan pencen nampaknya suka mengopi selepas kuliah subuh. Nampaknya patutlah. Ini zon masa untuk berehat.Teman rasa patut ada pembetulan di situ. Maksudnya fokus patut diberikan dari aspek memurnikan iman lagi penting. Tambah pula dalan zon umur subsidi. Yang ada baik tetapi takut-takut menjadi hampeh sahaja kerana iman yang rosak. Nabi saw pun 13 tahun di Mekah mengajar aspek akidah, iaitu mengenal Tuhan, kekuasaan Tuhan dan perhubungan Tuhan dan hambaNya. Barulah bermanfaat Islamnya.
Lepas mati pun, soalan pertama yang ditanya ialah siapa Tuhanmu ? Kalau tidak belajar dan menghayati, boleh ke jawab ? Dalam bahasa Arab pulak tu ! Terkenang pulak dengan pesan almarhum Dato Ishak Baharom, mantan mufti Selangor. Katanya rosak Islam tak kekal dalam neraka. Rosak Iman kekal dalam neraka.
Bacalah sejarah Islam di negara kita. Inggeris menghapuskan tokoh Islam dan roh Islam melalui tangan orang lain dan tangan orang Islam sendiri. Tentera upahan dari tanah jahajan di India digunakan untuk bertempur dengan mujahid tempatan. Ada juga anak tempatan yang menjadi tentera kerajaan penjajah membunuh pejuang tanah air berteraskan agama Islam. Lihatlah nasib Dato Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor dan Haji Abdul Rahman Limbung mahupun Tok Janggut di Kelantan. Mereka dicop sebagai pemberontak. Ideologi ini diterap ke dalam jiwa anak tempatan melalui penulisan buku sejarah yang diajar di sekolah-sekolah. Anak muda pula dikhayalkan dengan budaya hedoisme seperti wujud kelab malam dan mabuk-mabukan pegawai kerajaan. Untungnya sekolah dulu cuti sebulan menjelang bulan puasa. Kini penindasan kepada penganut Islam oleh pemimpin yang mengaku Islam tetapi berfahaman bangsa. Yang menentang dianggap musuh dan mesti dihapuskan. Lebih kejam daripada penjajah Inggeris. Jentera kerajaan digunakan sepenuhnya untuk berkuasa.
Belajar Islam mudah. Ramai ustaz feqah mengajar di mesjid dan televisyen. Buku pun melambak di pasaran. Tiada siapa yang kacau kerana tidak mengancam keselamatan negara. Kalau belajar tentang Iman, masalah besar. Gurunya pun susah dicari. Kalau adapun tak berapa nak beri tunjuk ajar kerana takut kena serbu penguatkuasa ataupun anak muridnya belajar pun cepat sejuk. Gamaknye inilah sebabnya malas nak beri tunjuk ajar. Kalau yang buat kelas pun dalam keadaan bersiap siaga kerana ada sahaja yang mengintip. Silap-silap naik lori kerana mengancam keselamatan negara. Mana taknya, ajarannya bertentangan dengan idealogi pemimpin negara yang mengambil Islam sebagai hiasan. Isinya dibuang jauh-jauh. Oleh sebab tiada dalam pemikiran ustaz feqah maka ajaran ini dianggap sesat walaupun berpandukan hujan al quran dan hadith. Dulu banyak sekolah pondok dan guru tariqat mengajar. Masyarakatnya lebih harmoni dan hidup makmur. Apabila mati guru agama tersebut, matilah pengajian dan sekolah pondoknya.
Pilihan yang ada adalah dengan melayari internet kerana ada guru yang ikhlas, menulis melalui blog. Bermunajatlatlah supaya dipertemukan dengan guru kerohanian. InsyaAllah akan sampai petunjuk. Yang penting ikhlas dan bersabar menunggu isyarat Illahi. Belajar Iman dahulu baru Islamnya. Paling bagus belajar kedua-duanya sekali serentak. Di dunia kita perlu Islam dalam kehidupan. Kita perlukan Iman untuk keperluan akhirat. Pun begitu, pada prinsipnya awal agama itu mengenal Allah.
No comments:
Post a Comment