Intisari cerita terdahulu menunjukkan Tuhan sendirian. Dan daripada Tuhan tercipta makhlukNya. Tugas makhluk manusia ialah mengenali penciptanya (Rab). Itu sebabnya ayat pertama surah al Fatihah "segala puji bagi Tuhan pencipta sekalian alam"Sang Pencipta itu. Wajib bagi kita kenal Tuhan mahukan manusia berada di jalan yang lurus. Jauh dari jalan orang yang dimurkai dan orang yang sesat. Orang yang dimurkai itu tahu Tuhan tetapi buat cerita-cerita yang salah tentang Tuhan. Pendita bani Israil siap nak bergaduh dengan Malaikat Jibrail kerana menurunkan al Qur`an ke dalam hati Nabi Muhammad saw. Orang yang belajar daripadanya pun salah faham tentang Tuhan. Orang yang sesat pula memang tidak ambil pusing tentang Tuhan. Fahami betul betul ayat 6 dan 7 surah al Fatihah.
Cerita-cerita dalam al Quran ada yang menyentuh perilaku pendita Yahudi dan Nasrani yang membuat kebohongan tentang kitab yang diturunkan oleh Tuhan kepada para rasul untuk umat manusia. Pendita Yahudi mengenali Muhammad lebih daripada mengenali anak mereka sendiri. Tapi apa sudah jadi ? Sikap dengki tak bertempat menyebabkan mereka dilaknat melalui lisan Nabi Isa ibn Maryam dan Nabi Daud as.
Apa yaang kita nampak sebenarnya tidak wujud dan yang wujud sebenar-benarnya hanyalah Dzat Tuhan sendiri yang beraksi. Makhluk ini hanyalah bayang-bayang. Sekejap ada dan sekejap tidak ada, dari dulu kini dan akan datang sehinggalah suatu waktu yang Tuhan sendiri mahukan.
Kesimpulannya, konsep ini adalah tentang Tauhid Rububiah atau Tauhiduz Zat. Walaupun amat berat untuk dipercayai bagi orang awam tetapi kajilah dari sudut sains secara jujur. Teman rasa ia betul. Jangan dek kerana takut dengan bayang-bayang sendiri atau nampak pelik, hal ini dikatakan sesat.
Wednesday, May 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment