
Kali ini teman mahu ceritakan sedikit perihal Diri Tuhan kita yang dipanggil Allah tu. Pada faham awam, Allah itu Tuhan. Kalau belajar dalam sedikit, Allah itu Asmaul Husna dan bukan Diri Dzat Tuhan. Memanglah konfius. Kita yang tidak belajar sifat 20, ustaz hanya cerita Allahlah Tuhan dan berhenti setakat itu. Tetapi tak apalah.
Sebelum Tuhan bernama Allah, Tuhan membahasakan diriNya sebagai Hu. Lihat Surah al Ikhlas ayat 1. Katakalah Diri Allah itu esa. Ada pendapat yang mengatakan jarak masa Diri Tuhan dengan namaNya Allah sekira-kira 12, 000 tahun. Diri Allah itu bersifat Jalal. Dalam kalimah syahadah, sifat Jalal ini dilambangkan dengan kalimah lam jalalah. Mengikut sifat dua 20, sifat Jalal terdiri daripada wujud (ada), qidam (sedia), baqa (kekal), mukhallafatuhulilhawadith (bersalahan dengan segala yang baharu), qiamuhubinafsih (berdiri dengan sendiri) dan wahdaniah (esa). Sifat Jalal ini bermaksud menunjukkan kebesaran Diri Tuhan.
Jadi, kalau ada manusia yang mempercayai sesuatu yang dianggap Tuhan yang tidak ada kriteria ini, bukanlah Tuhan sebenar-benarnya. Itu hanya Tuhan ciptaan akal dan nafsu manusia semata-mata. Dengan mengetahui sifat Jalal ini diharapkan para pembaca mendapat panduan membersihkan konsep ketuhanan yang dipercayai supaya tidak terjebak ke dalam kancah syirik. Ingatlah pesanan Luqman al Hakim kepada anaknya supaya jangan berlaku syirik. Sesungguhnya syirik itu kezaliman yang amat besar.
No comments:
Post a Comment