Pada kali ini teman cuba nukilkan sedikit cerita tentang manusia zahir dan batinnya. Tujuannya untuk menunjukkan bahawa manusia merupakan insan yang tercipta dengan sebaik-baiknya.
Sesungguhnya kami ciptakan insan dengan sebaik-baik kejadian
(At-Tin:3)
Dari segi bahasa manus tu maksudnya ghaib. Ia maksudnya nyata. Jadi manusa adalah gabungan yang ghaib dan yang nyata. Yang ghaib tu rohani dan yang nyata tu jasad. Adanya rohani tu macam angin. Boleh dirasa tetapi tdak boleh dipegang. Rupanya pun tak nampak. Jasmani boleh dilihat dan dirasa. Tanpa rohani jasad tidak boleh hidup. Tanpa jasad rohani tidak boleh beribadat. Jadi Tuhan gabungkan di antara rohani dan jasad menjadi manusia. Untuk apa ? Jawapannya untuk memperlihatkan af`al Tuhan sendiri.
Dari segi syariat, manusia diciptakan sebagai khalifah dan mengabdikan diri kepada Tuhan yang bernama Allah. Di dalam bacaan doa ifttah;
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku semata-mata untuk Tuhan pencpta sekalian alam
Inilah sumpah manusia tatkala menunaikah solat tapi berapa ramai yang faham. Inilah sebabnya nabi Muhammad mengingatkan para sahabat bahawa berapa ramai yang solat tetapi sebenarnya mereka tidak solat.
Monday, May 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment