Pada kali ini saya cuba memperlihatkan corak perhubungan Tuhan dengan makhluknya. Dahulu saya ada mencatatkan bahawa Tuhan menggunakan empat AsmakNya untuk menciptakan alam, iaitu Qadirun, Muridun, Alimun dan Hayyun. Saya tidak menggunakan perkataan Qaunuhu di pangkal perkataan tersebut kerana maknanya tidak berubah.
Asmak yang empat itu juga dikenali dengan sifat Kamal (kesempurnaan) untuk menggerakkan sifat makhluk yang empat iaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat. Empat Sifat ini juga dikenali sebagai sifat Qahar. Istilah Qahar ini menunjukkan makhluk dikuasai Tuhan.
Wahuaqahirul fauqaibadih
Sesungguhnya Tuhan itu menguasai sekalian hambaNya.
Maaflah saya belum pandai transfer ayat Qur`an dalam tulisan jawi.
Sifat Kamal - Qadirun, Muridun, Alimun, Hayyun
Sifat Qahar - Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat
Tuhanlah yang menggerakkan sekalian makhlukNya. Makhluk tidak boleh menjadi Tuhan dan Tuhan berbeza dengan makhluk. Tidak wujud istilah Tuhan dan makhluk menjadi satu. Tuhan hanya berserta dengan sekalian makhlukNya. Ada pegangan yang memahami Tuhan dan makhluk bersatu. Saya tidak beranggapan begitu. Sertanya Tuhan dengan makhluk seperti mata putih dan mata hitam. Ini contoh yang klasik.
Kepada kita Qudrat menjadi Roh, Iradat menjadi Nafsu, Ilmu menjadi Akal dan Hayat menjadi Nyawa. Roh, Nafsu, Akal dan Nyawa itulah batin kita yang sebenarnya dan menjadi tempat tilik Allah swt. Aspek inilah yang amat jarang diambil berat oleh umat Islam kini.
Sebenarnya ada lagi satu sifat yang tertinggal iaitu sifat Wahdaniah. Sifat ini adalah untuk menunjukkan kuasa menggerakkan makhluk itu daripada Tuhan. Wahdaniah bermaksud esa dan termasuk dalam sifat Kamal.
Wahdaniah ------>(Qadiru, Muridun, Alimun,Hayyun)----------->(Qudrat,Iradat,Ilmu,Hayat)
menggerakkan menggerakkan
Apabila kita dapat merasakan bahawa diri kita digerakkan oleh empat Asmak itu, kita dianggap insan kamil. Selanjutnya jika kita turut merasakan diri kita digerakkan oleh sifat Wahdaniah, kita dianggap sebagai insan kamil wa mukamil. Apabila kita hendak memulakan sembahyang perasaan ini mesti ada. Jika tiada maka sia-sialah ibadat kita sebab kita tida merasa pun bahawa Allahlah yang menguasai kita dan kita wujud seperti wujudnya Allah. Bukankah ilmu sifat 20 ini memberikan pemahaman yang jauh berbeza dengan orang yang hanya memegang syariat ?
Dalam pengajian ilmu kerohanian ada diajar tentang solat taqwa. Solat ini memerlukan konsentrasi dan memakan masa yang lama untuk menyelesaikan solat. Teorinya mudah iaitu kita lupakan jasad dan merasakan kerja buat kita sepenuhnya daripada Allah dari mula hingga ke akhirnya. Memang payah, tetapi itulah perjuangan. Itulah menjadi sebab ada orang tidak solat berjamaah di surau dan mesjid. KAlau jadi imam sahlah makmumnya lari. Kalau jadi makmum pun payah juga. Orang lain sudah balik dia belum lagi selesai solatnya.
Yang penting dalam penulisan ini ialah saya ingin menunjukkan bahawa Tuhan menguasai makhluknya melalui AsmakNya.
Wednesday, December 23, 2015
Saturday, December 19, 2015
Ilmu Sifat 20 (2)
Ilmu Sifat 20 ini boleh dikelaskan menjadi empat bahagian, iaitu Sifat Nafsiah, Sifat Salbiah, Sifat Maani dan Sifat Maanawiah. Mengapa dikelaskan menjadi sedemikian ? Sifat Nafsiah itu untuk menunjukkan diri zat itu sendiri. Sifat Salbiah itu untuk menunjukkan diri itu memang Tuhan. Paling mudah untuk menunjukkan dirinya berstatus Tuhan mesti ada sifat sedemikian. Contohnya ada sembahan-sembahan yang dianggap tuhan seperti berhala, makhluk jin ataupun roh nenek moyang. Adakah yang disembah itu memiliki sifat salbiah. Jika tidak maka ia bukan tuhan. Sifat Maani ini untuk menunjukkan makhluk. Sifat Maanawiah pula yang memberikan makna kepada Sifat Maani.
Sifat Nafsiah - wujud
Sifat Salbiah - qidam, baqa, mukhallafatuhulilhawadith, qiamuhu binafsih, wahdaniah
Sifat Maani - qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama`, basar, qalam
Sifat Maanawiah - qadirun, muridun, alimun, hayyun, samiun, basirun, mutakallimun
Sifat wujud itu menunjukkan hanya diri Tuhan yang wujud. Makhluk asalnya tidak wujud. Apabila Tuhan menginginkannya baharulah makhluk wujud. Dalam hadith qudsi ada diterangkan;
"Aku ini perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin dikenali lalu Aku jadikan makhluk"
Sifat yang khusus bagi Diri Tuhan itu ada pada Sifat Salbiah. Sifat Maani dan Sifat Maanawiah hubungannya lazim melazimi. Hal ini bermaksud kedua-dua sifat itu tidak boleh bercerai. Sifat Maanawiah ini memberikan makna kepada Sifat Maani. Sifat Tuhan pada sifat Maanawiah menunjukkan kuasa Tuhan mencipta dan mengurus makhluknya.
Sifat Maanawiah itu juga dikenali sebagai Asmak Tuhan, iaitu Asmaul Husna. Sifat Salbiah itu juga dikenali sebagai Asmaul A`zom. Nama Tuhan ada 3000. Yang kita jumpa dalam Qur`an 99 sahaja tidak termasuk Ya Hanan dan Ya Manan. Tuhan menjadikan semua makhluk dengan sekurang-kurangnya 4 AsmakNya, iaitu Qadirun, Muridun, Alimun dan Hayyun.
Sifat manusia ialah tiada daya upaya. Yang memberi daya upaya itu ialah Asmak Tuhan. Biasanya kita menyebut Tiada daya upaya melainkan daya upaya Allah. Istilah Allah itu sebenarnya merujuk pada Asmak Tuhan. Memang ramai orang syariat menganggap Allah itulah Diri Tuhan. Apa maslahnya ? Bagi orang kerohanian menjadikan Asmak sebagai Tuhan hukumnya syirik. Kalau kita baca Bismillah, maksudnya "Dengan nama Allah".
Penulisan kali ini agak pendek kerana agak berat untuk difikir. Yang penting ialah sifat 20 ini mampu mengenalkan kita kepada Diri Tuhan, Asmak Tuhan, makhluk dan perhubungan antara Asmak dan makhluk.

Thursday, December 17, 2015
Kembali Mempelajari Ilmu Sifat 20
Dalam Ilmu Kerohanian, Awal Agama ialah mengenal Allah. Ini rasa saya bukanlah hadith tetapi amat significant bagi kita yang ingin menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Cara mengenal Allah mestilah secara komprehensif kerana diri kita hanya akan dinilai dan bermakna jika kita ada ilmu mengenal Allah. Saya terkenangkan ucapan dalam khutbah arwah Wak Johar di Mesjidut Taqwa Jalan Padang Tembak Teluk Intan. Beliau sering membacakan ayat al Qur`an " Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali yang datang kepada Allah hati yang sejahtera sejahtera". Hal ini menuntut kita supaya kita mengenal hati supaya sejahtera. Untuk sejahtera kita mesti ada ilmu dan ilmu itu mestilah menjadikan kita betul-betul kenal apa itu hati supaya kita tidak ada perasaan ragu-ragu betul benarnya faham kita tentang hati. Apabila kita dipersoalkan maka dengan mudah kita mampu memberikan penjelasan yang bersifat ilmiah dan selaras dengan al Qur`an. Agak-agak berapa lama kita boleh faham dan kepada siapa kita hendak belajar ? Syeikh Abdul Qadir Jailani, Sultanul Auliya menghabiskan pelajarannya selama 25 tahun mengasingkan diri. Bagaimana dengan kita ? Ada sanggup ? Suka tidak suka kita wajib melaluinya. Cuma mengikut keupayaan. Beliau memang mengkhusus. Kita ada tanggungjawab dengan dunia. Belajar ilmu ini tetap wajib.
Dalam pengalaman saya belajar ilmu sifat 20, dulu ada diajar dalam silibus Pendidikan Islam sekolah rendah. Masa itu tahun 1970-an tetapi kini tiada lagi. Yang diajar sifat yang wajib 20, sifat mustahil 20 dan sifat yang harus 1. Jadilah 41 sifat. Bolehkah kita mengenal Tuhan selayaknya. Bagi saya tidak cukup kerana kita hanya menghafal sifat tanpa dapat mengaitkan dengan kehidupan kita. Paling tinggi saya belajar di surau. Ustaznya pun telah berpulang. Sifat 20 itu dibahagikan menjadi sifat Jalal, sifat Jamal, sifat maani dan sifat maanawiah.
Untuk permulaan, kita bolehlah bermula dengan ada paradigma hendak mengenal Tuhan dan makhluk melalui Ilmu Sifat 20. Tuhan bukannya hanya mempunyai 20 sifat. Sebenarnya lebih tetapi cukuplah kita bermula dengan 20 sifat. Dalam al Qur`an, Allah menyuruh kita menggunakan akal untuk berfikir, menggunakan telinga untuk mendengar, menggunakan mata untuk melihat. Kalau kita tidak memanfaatkan ketiga-tiga indera itu, kita lebih hina daripada binatang ternak. Sebelum itu, apabila kita membaca al Qur`an kita setkan minda kita mencari ayat-ayat yang berkaitan aqidah supaya kita dapat keterangan yang berkaitan dengannya. Walaupun Qur`an itu hanya mengandungi 6236 ayat tetapi banyak ilmunya. Kita dapat lebih ilmu jika baca tafsir berbanding membaca taranumnya sahaja.
Ulama aqidah terkenal ialah Imam Abu Mansur al Maturidi, Imam Abu Hassan Asyaari dan Imam Fakhrurazi. Ada yang lain tetapi saya tidak mengetahuinya. Asalnya hanya ada sifat 13 tetapi sifat ini untuk mengenal Tuhan. Kemudian ditambah 7 sifat lagi oleh Imam Abu Mansur al Maturidi menjadi 20. 7 Sifat itu menerangkan makhluk. Ilmu ini tidak sampai kepada kita. Yang kita tahu telah ada ilmu sifat 20. Sebenarnya ada juga ahli agamawan tanah seberang menafikan ajaran sifat 20 kerana tiada diajar oleh para nabi. Jadi ia bidaah. Setiap bidaah sesat. Setiap yang sesat masuk neraka. Begitu ke dengan ilmu ini ? Golongan wahabi juga mengharamkan pelajaran ilmu sifat 20 dengan alasan ilmu ini berasal daripada para pemikir Rom seperti Socrate dan Plato. Soalnya adakah mereka sesat ? Apakah masalahnya jika penganut agama Islam tidak mengenal Tuhannya ? Siapakah yang akan disembah dan patutkah hamba tidak mengenal Tuhannya ? Begitulah polimik yang berlaku dalam mempelajari ilmu aqidah. Tidak kurang juga pengembang ilmu ini diseksa, dipenjara dan dipenggal lehernya kerana mempertahankan aqidahnya. Yang memilukannya ialah mereka dibunuh dengan kejam oleh penganut Islam sendiri kerana kepentingan dunianya dan tidak sejajar dengan pegangan agama yang ingin kekal berkuasa. Lihat sahaja nasib Hamzah Fansuri, Datu Sanggul Syeikh Siti Jenar. Mereka dihukum bunuh oleh pemimpin Islam yang berkuasa.
Bagi saya cukuplah kita belajar 20 sifat sahaja.
1. Wujud- ada
2. Qidam- sedia
3. Baqa- kekal
4. Mukhallafatuhulilhawadith- bersalahan dengan segala yang baharu
5. Qiamuhu binafsih- berdiri dengan sendiri
6. Wahdaniah- esa
7. Qudrat- kuasa
8. Iradat- kehendak
9. Ilmu - tahu
10. Hayat- hidup
12. Sama`- mendengar
13. Basar - melihat
14. Kalam - berkata-kata
15. Qaunuhu Qadirun- keadaan berkata-kata
16. Qaunuhu Muridun- kedaan berkehendak
17. Qaunuhu Alimun- keadaan tahu
18. Qaunuhu Hayyun- keadaan hidup
19. Qaunuhu Samiun- keadaan mendengar
20. Qaunuhu Mutakallimun- keadaan berkata-kata
Harapan saya kali ini supaya pembaca menyedari bahawa memang besar dugaan untuk mempelajari ilmu aqidah kerana ramai yang meremehkannya. Selalunya penyampaian ilmu ini membosankan. Bagaimanapun ilmu inilah yang diperjuangkan para rasul sepanjang zaman dan menyelamatkan kita dunia dan akhirat.

Thursday, December 10, 2015
BIsmillahirahmanirrahim
Kalimat tersebut mempunyai sejarah yang panjang. Saya cuba cari cerita tentang nuzulnya kalimat tersebut dalam internet. Setakat ini tidak dijumpai lagi. Saya cuba bercerita tentang sejarahnya supaya kita bersama dapat manfaatnya sama ada untuk tujuan dunia atau akhirat. Tujuan akhirat itu maksudnya kita mengamalkan ilmu yang terkandung didalamnya yang berkaitan dengan aqidah yang benar.
Nuzulnya kalimat tersebut ada tercatat dalam hadith Qudsi. Dalam buku karangan guru saya Kitab Kerohanian dan dan Jalan Pulang jilid 2 ada menceritakan hal ini. Saya ringkaskan ceritanya. Berdasarkan hadith qudsi tersebut, ketika nuzulnya kalimat tersebut, keadaan tenang, laut bergelora, awan bergerak menuju ke Timur dan syaitan yang mengintip khabar dari langit dilemparkan.
Ada juga diceritakan semasa Nabi Isa berguru, ditanya kepada gurunya makna kalimat tersebut tetapi gurunya menjawab tidak tahu. Nab Isa menjelaskan maksud kalimat tersebut terkandung pada tiga huruf mula kalimat tersebut iaitu pada huruf ba, sin dan mim. Huruf ba bermaksud bihaullah iaitu keagungan Allah. Sin itu maksudnya sanauhu iaitu keindahan Allah. Mim itu maksudnya mamlaka iaitu kerajaan Allah. Keseluruhannya tiga huruf itu menggambarkan kebesaran dan keindahan kerajaan Allah.
Dalam pengajian kerohanian saya pula, kalimat tersebut ada kaitan dengan ilmu sifat 20. Bismillah itu bermaksud Zat, Ar-Rahman itu bermaksud Sifat dan Ar-Rahim itu bermaksud Af`al. Dengan kalimah ini kita boleh mengenal Tuhan, makhluk dan perbuatan Tuhan itu sendiri. Sebenarnya kalimah Bismillah ini mengandung ilmu yang sangat luas kalau kita fikir secara mendalam. Ilmu mengenai Zat pun jenuh kita nak faham dan menguasainya. Saya faham maksud hadith yang melarang kita memikirkan tentang zat kerana membawa kebinasaan. Bagi saya, yang tidak boleh difikirkan ialah hakikat Zat itu sendiri. Ia bersifat Ghaibul Ghuyub. Ilmu tentang Tuhan itu Miftahul Ghuyub. Kalu tuan-tuan baca qur`an, Nabi Musa ada bertanyakan kepada Firaun adakah engkau tidak mahu mengenal Tuhanmu ? Saya pun hanya hendak kenal Tuhan supaya tidak berlaku syirik nafi dan syirik asbat. Kalau kita tidak kenal Tuhan, bagaimana kita boleh selamat daripada syirik ?
Kalau kita menggunakan kaedah sifat 20, senang kita kenal Tuhan, makhluk (sifat) dan perlakuan Tuhan. Ini lain kalilah. Saya nak sambung sedikit guna kalimah bismillah untuk dunia. Ini serampang dua mata. Dua dapat akhirat pun dapat. Biasanya kalimah bismillah ini dibaca untuk memulakan sesuatu supaya berkat. Ini satu hal yang lazim. Kita juga kalimah ini diganding dengan ayat yang lain menjadi bismillah lima, bismillah enam, bismillah sembilan dan sebagainya. Apa asas ilmu ini ? Bagi saya, rahsiaya pada kalimah bismillah itu sendiri yang mengandungi rahsia zat yang menguasai segala sesuatu. Satu lagi kalau kita baca bismillahirahmanirahim, kita kena maarifatkan diri kita (sifat) iaitu Ar-Rahman supaya selamat daripada mara bahaya. Ada lagi huraiannya. Yang ini saya bagi intro sahaja sebab ada ilmu lain yang menjadi pelengkap. Kalau kita tidak tah diri (sifat) tidak ada maknanya. Jadi carilah guru kerohanian, mudah mudahan ia menjadi kenyataan.
Saya juga jahil. Dulu saya minat juga dengan ilmu-ilmu keduniaan jenis begini. Baca sahaja buku tapi tidak ada kepuasan sebab tiada berguru. Guru kerohanian ini penting kerana dia tahu apa kelemahan kita dan tahu apa yang dibuat oleh anak muridnya walaupun kita tidak memberitahunya. Guru kerohanian ini sebenarnya telah lulus dan diperakui oleh gurunya yang terdahulu baru boleh jadi guru. Disiplin dirinya ketat tidak seperti orang awam. Niat je dahulu baru timbul keinginan. Lama-lama akan jadi cita-cita. Barulah kaki akan melangkah mencari ilmu sebegini.
Harapan saya dalam tulisan kali ini mahu para pembaca menilai semula. Kalau betul amalkan. Kalau salah betulkan. Jangan cepat menyesatkan. Berbahagialah orang yang ditakdirkan bahagia. Celakalah orang yang ditakdirkan sengsara di akhirat.
Wednesday, December 9, 2015
Iman dan amal
Walaupun Iman dan Amal menjadi slogan pada pertubuhan atau organisasi, malangnya ia hanya menjadi slogan yang tidak difahami hakikatnya mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Bagi saya ISLAM itu adalah akroni bagi suatu hal yang amat besar. Untuk memahaminya tidak bolehlah menggunakan huruf roman tetapi menggunakan huruf jawi baru senang hendak dicerita. Alif itu melambangkan Allah. Allah itu menjadi sumber sesuatu. Sesuatu itu datangnya daripada Allah. Sin itu merujuk kepada salamatun maknya selamat. Lam Alif ini merujuk kepada syahadah toyyibah. Lailaha illa Allah. Mim itu Muhammad, maknanya manusia. Boleh juga dikaitkan dengan Nabi Muhammad saw.
Dalam Qur`an Allah telah mengulang seruan wahai orang yang beriman sebanyak 88 kali. Tidak ada pula seruan Allah wahai orang Islam. Sudah tentu ada sebabnya. Ini soalan aras tingga (HOT). Orang yang beriman sebab ilmunya kepada Allah lain daripada orang Islam, tambahan pula Islam warisan lagilah jauh berbeza. Paling mudah orang beriman ini mengenal dan percaya bahawa segala sesuatu daripada Allah dan perlakuan sesuatu itu pun daripada Allah barulah dia betul-betul beriman. Amalannya akan Islam, iaitu seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Quran dan sunnah Rasul. Sifat Rohani yang mengenal Allah akan mengawal perilaku zahirnya supaya menjadi baik. Ini ada arahan Allah kepada manusia yang beriman. Akal akan mengawasi nafsunya supaya tidak turun tarafnya ke tahap nafsu Sawiah, Lawamah ataupun Amarah. Cerita memang mudah tapi nak maintain sangat hebat dugaannya. Azazil pun tewas dan Balam Baura pun tewas. Kita ni tak tahulah. Yang penting berjuanglah ke arah yang dikehendaki oleh Allah sendiri. Mudah-mudahan berjaya sampai ke garis penamat...
Islam ini hukum syariat, iaitu hukum badan yang berkisar dengan adab perilaku kita sebagai manusia. Paling mudah ia berkaitan dengan hukum fe`li dan hukum qauli. Syariat ini berubah-ubah mengikut zaman. Kalau kita baca sejarah, syariat zaman nabi Adam, Musa, Isa dan Muhammad saw ada yang berbeza dan ada yang sama. Mereka semua Islam. Jangan ingat nabi Muhammad sahaja membawa ajaran Islam dan yang baru. Nabi Muhammad hanyalah penerus kepada nabi-nabi yang terdahulu sehingga syariat ini lengkap dan sesuai sepanjang zaman.
Harapan saya dalam penulisan pendek ini supaya tuan-tuan berlapang dada dan berfikir secara rasional berdasarkan pembacaan dapat memahami bahawa Islam itu memang cara hidup yang syumul dan tidak jumud dek masa.

Saturday, December 5, 2015
Rohani 4
Dalam tulisan Rohani 3, saya mengharapkan tuan puan dapat pencerahan yang tidak diperoleh jika kita hanya memahami ilmu fiqah sahaja. Kita wajib menguasai ilmu tariqat dan haqiqat. Jika ketiga-tiga disiplin ilmu ini dikuasai dengan baik, kita akan menjadi ahli maarifat.
Saya hendak sambung sedikit lagi tentang nyawa kita. Nyawa kita daripada sumber yang sama, iaitu Hakikatul Muhammadiah. Nur Muhammadiah berasal daripada Hakikatul Muhammadiah. Nur Muhammad itulah menjadi nyawa kepada makhluk yang hidup. Biasanya perkataan Nur Muhammad disalahfahami dan menyebabkan orang belajar dan bercerita tentang Nur Muhammad sebagai asing dan dianggap sesat. Ada juga yang menganggap Nur Muhammad sebagai Nabi Muhammad saw kerana ada perkataan Muhammad. Kita harus faham, Muhammad itu istilah bagi merujuk manusia. Orang Arab akan memanggil orang yang tidak dikenali sebagai Muhammad. Apa masalahnya jika Nur Muhammad ditafsirkan sebagai nur kemanusiaan atau nyawa manusia.
Timbul persoalan mengapa manusia bertingkat-tingkat martabatnya di sisi Allah swt ? Bagi orang kerohanian, tingkat-tingkat martabat manusia kerana kemuliaan taraf nyawanya. Nabi Muhammad saw bertaraf Qutubul Jalalah, Nabi Khidir, nyawanya bertaraf Qutubul Rahman. Ada juga manusia yang bertaraf Qutubul Ghauz dan Ghauz. Bagaimana dengan nayawa kita ? Bolehkah mencapai taraf mereka ? Usaha boleh, tetapi ketentuan, Tuhan punya kuasa.
Nyawa atau Nur Muhammad mengembara dari Alam Lahut, Alam Jabarut, Alam Malakut, Alam Roh, Alam Misal higgalah ke Alam Ajsam. Dulu saya ada baca perkataan Alam Ajsam tetapi tidak faham hinggalah guru saya baru-baru ini menyebut Alam Ajsam itu ialah Alam Jisim (fizikal). Kalau hendak dikira jauhnya perjalanan nyawa kita memang jauh dan memakan masa yang lama. Ke mana hendak dituju dek nyawa kita ? Yang saya nampak sampai ke alam akhirat. Istilah Alam yang lain itu lain kalilah saya cuba terangkan.
Nyawa sahaja tidak memadai untuk menjadikan manusia di muka bumi. Jadi malaikat pula kita kerana ia tiada nafsu dan akal. Di mana nya bergabung dengan anasir lain yang bertraf roh. Nyawa itu bertaraf zat. Mengapa zat ? Ia tidak menyerupai sesuatu apa jua pun. Apa bezanya dengan zat tuhan ? Tuhan merupakan zat yang menjadikan. Nyawa itu pula zat yang tidak menjadikan. Ada dalilnya dalam Qur`an, tapi saya tak ingat untuk coretkan di sini. Roh ini berbentuk. Apabila ia masuk ke dalam jasad, roh itu akan menyerupai jasad berkenaan. Kalau jasad orang Melayu jadilah rupanya orang Melayu. Cumanya ia ghaib pada mata kasar.
Di Alam Lahut hanya ada nyawa dan Tuhan. Di Alam Jabarut nyawa dipadankan dengan, roh, akal dan nafsu. Jika ada tiga unsur ini, ia dikenali sebagai Rohani. Di Alam Malakut, Rohani ini dipadankan dengan malaikat Hafazah dan Qarin sebagai pendamping. Di Alam Roh Rohani ini diambil kesaksian seperti di dalam ayat 172 Surah Al-A`raf.
Nabi Adam dan Siti Hawa sahaja yang terus jadi manusia dewasa tanpa zaman kanak-kanak. Anak cucu serta keturunannya sahaja yang melalui alam rahim sebelum ke alam dunia.
Yang akan dihisab dan mendapat balasan ialah akal, nafsu dan roh. Ketiga-tiga unsur inilah yang menentukan kerja buat jasmani. Kalau buat baik dapatlah balasan baik. Kalau buat kerja jahat dapatlah balasan untuk rang jahat. Nafsu akan menggoda akal dalam membuat keputusan. Roh pula akan melaksanakan apa yang diputuskan oleh akal. Di akhirat Rohani akan dikembalikan ke dalam jasad. Bukan senang hendak cari jasad yang asal. Bayangkan berbillion manusia yang dibangunkan dari kubur masing-masing. Guru saya ada mengajarkan amalan mengijabkan antara roh dan jasad. Tujuannya supaya Rohani itu mudah kembali masuk ke dalam jasadnya dahulu.
Lepas sembahyang fardhu baca
Fatihah 3X
Al Ikhlas 3 X
Selawat 3 X
Sebelum baca niatkan aku ijabkan roh dengan jasad. Mudah-mudahan Allah swt kabulkan permintaan kita. Amin...
Nyawa dan Tuhan tidak terpisah. Bolehkah terpisah ? Hukumnya mustahil. Zat hanya boleh berserta zat. Perbincangan nyawa ini boleh dikaitkan dengan pelajaran sifat 20. Ilmu ini dahulunya agak konservatif pembelajarannya keran murid hanya diajar menyebut dan mengingati maknanya sahaja. Lepas itu digandingkan sifat yang wajib dengan sifat yang mustahil dan satu sifat yang harus. Habis cerita. Kalau melalui pembelajaran cara kerohanian, ilmu ini boleh dikaitkan dengan ilmu sains juga dengan cara yang betul dan pemikiran yang terbuka. Guru saya amat kurang menggunakan hadith sebagai pembuktiannya keran tidak mahir dengan matan hadith. Maklumlah hadith ini banyak kategorinya. Kalau ayat Qur`an senang sedikit kerana ia tetap dari dulu hingga sekarang dan tetap terpelihara.

Thursday, December 3, 2015
Rohani 3
Alhamdulillah, sempat juga saya menulis tentang rohani diri kita. Kali ini saya cuba bercerita tentang nyawa yang ada pada batang tubuh kita(jasmani). Orang-orang kerohanian memecahkan nyawa menjadi beberapa bahagian, iaitu nafas, nufus, ampas dan tanafas. Istilah-istilah ini untuk membezakan tempat keluar masuk ke dalam atang tubuh kita.
Nafas merujuk pada angin yang keluar masuk melalui mulut. Nufus pula angin yang keluar masuk melalui rongga hidung. Ampas pula angin yang boleh masuk tapi tidak boleh keluar melalui rongga telinga kita. Tanafas pula angin yang tidak boleh keluar dan masuk melalui mata. Sampai sekarang pun saya agak sukar memahami Tanafas. Masuk tidak, keluar pun tidak tetapi ada namanya. Moga Allah swt mengajarkan kepada saya rahsianya kelak, amin...
Istilah-istilah Nafas, Nufus, Ampas dan Tanapas memang ada dalam al Qur`an. Maksudnya ialah diri. Lihatlah kitab terjemahan ataupun kitab tafsir al-Qur`an. Kalau malas download Muslim Pro ada terjemahan Qur`an. Ini terjemahan versi Malaysia oleh Syeikh Basmeih.
Apa perlunya kita mengkaji aspek istilah ini ? Ini soalan Highier Order Thngking (HOT) atau KBAT mengikut laras bahasa sekarang yang cuba diterapkan kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Sebenarnya Tuhan dah cakap dalam Quran, "Tidakkah kamu berfikir ?"
Nafas yang masuk ke dalam tubuh itu dinamakan nyawa. Inilah sebenar-benar diri kita yang datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Orang Melayu selalunya pandai mengucapkannya tatkala berlakunya kematian. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan. Siap tertulis pada kain penutup kerenda dan pada van jenazah, hebat.. tapi mana ada diajar kepada anak-anak ataupun kepada golongan belia.
Apabila kita tahu siapa diri kita sebenar, diharapkan kita tidak akan berlagak sebagai Tuhan di muka bumi sebab kita sedar diri. Yang menjadi masalah ialah yang tidak mahu sedar-sedar akan dirinya hingga nyawa sampai ke kerongkong dan hijab terbukak. Masa itu siaplah, terbelalaklah mata.
Dalam batang tubuh jalan nyawa kita adalah dari pusat ke ubun-ubun. Jalan nyawa itu juga dipanggil tali nyawa atau sawidak. Nyawa ini tidak wujud rilek-rilek. Ada tugasnya. Kerjanya bila sampai di ubun-ubun dia ingat Hu (Zat Tuhan). Bila sampai di pusat dia ingat Allah (Asmak). Inilah kerjanya sampai malaikat maut datang menjemput. Orang kafir pun ada benda ini ? Kalau makhluk itu ada nyawa, kerja nyawa itu macam itulah. Nyawa tidak ada agama Hindu, Budha ataupun lain-lainnya.
Bukan senang hendak kita percaya benda ini walaupun ada disebutkan dalam Qur`an. Nak kaji pun sedalam ini. Ini belum lagi dalam, ada lagi. Saya belum sampai lagi. Moga Tuhan tambahkan ilmu bagi manfaat saya dan tuan-tuan, amin...
Ilmu tentang nyawa ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan dunia ataupun akhirat. Kalau untuk tujuan keduniaan, tanya ahli silat maarifat. Boleh belasah musuh dari jarak jauh dan dekat. Ini sekadar cerita. Guru saya ajar ilmu nyawa untuk akhirat dan kembali kepada fitrah asal usul kejadian kita di Alam Lahut. Tadi saya sempat lihat soft copy Jalan Pulang 3 oleh Pak Karamu dan di dalamnya ada cerita tentang Alam Lahut. Guru saya pening sebab tak tahu cara terbaik terbitkan bukunya. Dulu Jalan Pulang jilid 1 dan 2 lain dalam soft copy lain pula yang jadi pada hard copy. Kos menerbit pun memang mahal. Itulah gamaknya yang menjadi punca. Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Kaya, kayakanlah aku supaya buku tuan guru dapat diterbitkan dengan sebaik mungkin dan menjadi santapan rohani umat manusia.
Kesannya pada batang tubuh jika ada nyawa ialah, batang tubuh itu akan hidup. Kalau batang tubuh tidak ada kepala bolehkah ada nyawa ? Setakat ini nyawa tidak diam dalam batang tubuh yang tiada kepala. Apa jawapannya mengikut ilmu kerohanian ? Kepada saya, jalan nyawa telah putus, mana boleh nyawa menetap di dalam batang tubuh. Jalan nyawa itu di sepanjang pusat hingga ke ubun-ubun.
Saya mengharapkan dalam tulisan ini, tuan-tuan mengetahui diri sebenar kita ialah nyawa yang mempunyai beberapa nama mengikut jalan keluar masuknya. Di samping itu, kita tahu dan sedar kerja batnya mengingati Zat dan Asmaknya. Inilah solatul daim. Inilah amalan para rasul, nabi, wali dan kekasih Allah yang lainnya. Inilah yang membezakan martabat kita dengan orang awam yang berbangga dengan amalan syariat. Bukan syariat itu tidak bagus tetapi yang saya terangkan ini adalah batin syariat. Kalau syariat tanpa batinnya maka jadilah ia hampa walaupun nampak mengkagumkan orang yang memandang. Kalau tubuh kita tiada batinnya, maka ia akan jadi mayat. Begitulah tamsilannya. Tuhan tidak malu memberikan perumpamaan dengan sekecil-kecil makhluk. Dengan perumpamaan ini banyak manusia mendapat hidayat dan ramai juga yang akan kufur kepa Tuhannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)