Kalimat tersebut mempunyai sejarah yang panjang. Saya cuba cari cerita tentang nuzulnya kalimat tersebut dalam internet. Setakat ini tidak dijumpai lagi. Saya cuba bercerita tentang sejarahnya supaya kita bersama dapat manfaatnya sama ada untuk tujuan dunia atau akhirat. Tujuan akhirat itu maksudnya kita mengamalkan ilmu yang terkandung didalamnya yang berkaitan dengan aqidah yang benar.
Nuzulnya kalimat tersebut ada tercatat dalam hadith Qudsi. Dalam buku karangan guru saya Kitab Kerohanian dan dan Jalan Pulang jilid 2 ada menceritakan hal ini. Saya ringkaskan ceritanya. Berdasarkan hadith qudsi tersebut, ketika nuzulnya kalimat tersebut, keadaan tenang, laut bergelora, awan bergerak menuju ke Timur dan syaitan yang mengintip khabar dari langit dilemparkan.
Ada juga diceritakan semasa Nabi Isa berguru, ditanya kepada gurunya makna kalimat tersebut tetapi gurunya menjawab tidak tahu. Nab Isa menjelaskan maksud kalimat tersebut terkandung pada tiga huruf mula kalimat tersebut iaitu pada huruf ba, sin dan mim. Huruf ba bermaksud bihaullah iaitu keagungan Allah. Sin itu maksudnya sanauhu iaitu keindahan Allah. Mim itu maksudnya mamlaka iaitu kerajaan Allah. Keseluruhannya tiga huruf itu menggambarkan kebesaran dan keindahan kerajaan Allah.
Dalam pengajian kerohanian saya pula, kalimat tersebut ada kaitan dengan ilmu sifat 20. Bismillah itu bermaksud Zat, Ar-Rahman itu bermaksud Sifat dan Ar-Rahim itu bermaksud Af`al. Dengan kalimah ini kita boleh mengenal Tuhan, makhluk dan perbuatan Tuhan itu sendiri. Sebenarnya kalimah Bismillah ini mengandung ilmu yang sangat luas kalau kita fikir secara mendalam. Ilmu mengenai Zat pun jenuh kita nak faham dan menguasainya. Saya faham maksud hadith yang melarang kita memikirkan tentang zat kerana membawa kebinasaan. Bagi saya, yang tidak boleh difikirkan ialah hakikat Zat itu sendiri. Ia bersifat Ghaibul Ghuyub. Ilmu tentang Tuhan itu Miftahul Ghuyub. Kalu tuan-tuan baca qur`an, Nabi Musa ada bertanyakan kepada Firaun adakah engkau tidak mahu mengenal Tuhanmu ? Saya pun hanya hendak kenal Tuhan supaya tidak berlaku syirik nafi dan syirik asbat. Kalau kita tidak kenal Tuhan, bagaimana kita boleh selamat daripada syirik ?
Kalau kita menggunakan kaedah sifat 20, senang kita kenal Tuhan, makhluk (sifat) dan perlakuan Tuhan. Ini lain kalilah. Saya nak sambung sedikit guna kalimah bismillah untuk dunia. Ini serampang dua mata. Dua dapat akhirat pun dapat. Biasanya kalimah bismillah ini dibaca untuk memulakan sesuatu supaya berkat. Ini satu hal yang lazim. Kita juga kalimah ini diganding dengan ayat yang lain menjadi bismillah lima, bismillah enam, bismillah sembilan dan sebagainya. Apa asas ilmu ini ? Bagi saya, rahsiaya pada kalimah bismillah itu sendiri yang mengandungi rahsia zat yang menguasai segala sesuatu. Satu lagi kalau kita baca bismillahirahmanirahim, kita kena maarifatkan diri kita (sifat) iaitu Ar-Rahman supaya selamat daripada mara bahaya. Ada lagi huraiannya. Yang ini saya bagi intro sahaja sebab ada ilmu lain yang menjadi pelengkap. Kalau kita tidak tah diri (sifat) tidak ada maknanya. Jadi carilah guru kerohanian, mudah mudahan ia menjadi kenyataan.
Saya juga jahil. Dulu saya minat juga dengan ilmu-ilmu keduniaan jenis begini. Baca sahaja buku tapi tidak ada kepuasan sebab tiada berguru. Guru kerohanian ini penting kerana dia tahu apa kelemahan kita dan tahu apa yang dibuat oleh anak muridnya walaupun kita tidak memberitahunya. Guru kerohanian ini sebenarnya telah lulus dan diperakui oleh gurunya yang terdahulu baru boleh jadi guru. Disiplin dirinya ketat tidak seperti orang awam. Niat je dahulu baru timbul keinginan. Lama-lama akan jadi cita-cita. Barulah kaki akan melangkah mencari ilmu sebegini.
Harapan saya dalam tulisan kali ini mahu para pembaca menilai semula. Kalau betul amalkan. Kalau salah betulkan. Jangan cepat menyesatkan. Berbahagialah orang yang ditakdirkan bahagia. Celakalah orang yang ditakdirkan sengsara di akhirat.

No comments:
Post a Comment