Thursday, December 3, 2015

Rohani 3

Alhamdulillah, sempat juga saya menulis tentang rohani diri kita. Kali ini saya cuba bercerita tentang nyawa yang ada pada batang tubuh kita(jasmani). Orang-orang kerohanian memecahkan nyawa menjadi beberapa bahagian, iaitu nafas, nufus, ampas dan tanafas. Istilah-istilah ini untuk membezakan tempat keluar masuk ke dalam atang tubuh kita.

Nafas merujuk pada angin yang keluar masuk melalui mulut. Nufus pula angin yang keluar masuk melalui rongga hidung. Ampas pula angin yang boleh masuk tapi tidak boleh keluar melalui rongga telinga kita. Tanafas pula angin yang tidak boleh keluar dan masuk melalui mata. Sampai sekarang pun saya agak sukar memahami Tanafas. Masuk tidak, keluar pun tidak tetapi ada namanya. Moga Allah swt mengajarkan kepada saya rahsianya kelak, amin...

Istilah-istilah Nafas, Nufus, Ampas dan Tanapas memang ada dalam al Qur`an. Maksudnya ialah diri. Lihatlah kitab terjemahan ataupun kitab tafsir al-Qur`an. Kalau malas download Muslim Pro ada terjemahan Qur`an. Ini terjemahan versi Malaysia oleh Syeikh Basmeih.

Apa perlunya kita mengkaji aspek istilah ini ? Ini soalan Highier Order Thngking (HOT) atau KBAT mengikut laras bahasa sekarang yang cuba diterapkan kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Sebenarnya Tuhan dah cakap dalam Quran, "Tidakkah kamu berfikir ?"

Nafas yang masuk ke dalam tubuh itu dinamakan nyawa. Inilah sebenar-benar diri kita yang datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Orang Melayu selalunya pandai mengucapkannya tatkala berlakunya kematian. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan. Siap tertulis pada kain penutup kerenda dan pada van jenazah, hebat.. tapi mana ada diajar kepada anak-anak ataupun kepada golongan belia.

Apabila kita tahu siapa diri kita sebenar, diharapkan kita tidak akan berlagak sebagai Tuhan di muka bumi sebab kita sedar diri. Yang menjadi masalah ialah yang tidak mahu sedar-sedar akan dirinya hingga nyawa sampai ke kerongkong dan hijab terbukak. Masa itu siaplah, terbelalaklah mata.

Dalam batang tubuh jalan nyawa kita adalah dari pusat ke ubun-ubun. Jalan nyawa itu juga dipanggil tali nyawa atau sawidak. Nyawa ini tidak wujud rilek-rilek. Ada tugasnya. Kerjanya bila sampai di ubun-ubun dia ingat Hu (Zat Tuhan). Bila sampai di pusat dia ingat Allah (Asmak). Inilah kerjanya sampai malaikat maut datang menjemput. Orang kafir pun ada benda ini ? Kalau makhluk itu ada nyawa, kerja nyawa itu macam itulah. Nyawa tidak ada agama Hindu, Budha ataupun lain-lainnya.

Bukan senang hendak kita percaya benda ini walaupun ada disebutkan dalam Qur`an. Nak kaji pun sedalam ini. Ini belum lagi dalam, ada lagi. Saya belum sampai lagi. Moga Tuhan tambahkan ilmu bagi manfaat saya dan tuan-tuan, amin...

Ilmu tentang nyawa ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan dunia ataupun akhirat. Kalau untuk tujuan keduniaan, tanya ahli silat maarifat. Boleh belasah musuh dari jarak jauh dan dekat. Ini sekadar cerita. Guru saya ajar ilmu nyawa untuk akhirat dan kembali kepada fitrah asal usul kejadian kita di Alam Lahut. Tadi saya sempat lihat soft copy Jalan Pulang 3 oleh Pak Karamu dan di dalamnya ada cerita tentang Alam Lahut. Guru saya pening sebab tak tahu cara terbaik terbitkan bukunya. Dulu Jalan Pulang jilid 1 dan 2 lain dalam soft copy lain pula yang jadi pada hard copy. Kos menerbit pun memang mahal. Itulah gamaknya yang menjadi punca. Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Kaya, kayakanlah aku supaya buku tuan guru dapat diterbitkan dengan sebaik mungkin dan menjadi santapan rohani umat manusia.

Kesannya pada batang tubuh jika ada nyawa ialah, batang tubuh itu akan hidup. Kalau batang tubuh tidak ada kepala bolehkah ada nyawa ? Setakat ini nyawa tidak diam dalam batang tubuh yang tiada kepala. Apa jawapannya mengikut ilmu kerohanian ? Kepada saya, jalan nyawa telah putus, mana boleh nyawa menetap di dalam batang tubuh. Jalan nyawa itu di sepanjang pusat hingga ke ubun-ubun.

Saya mengharapkan dalam tulisan ini, tuan-tuan mengetahui diri sebenar kita ialah nyawa yang mempunyai beberapa nama mengikut jalan keluar masuknya. Di samping itu, kita tahu dan sedar kerja batnya mengingati Zat dan Asmaknya. Inilah solatul daim. Inilah amalan para rasul, nabi, wali dan kekasih Allah yang lainnya. Inilah yang membezakan martabat kita dengan orang awam yang berbangga dengan amalan syariat. Bukan syariat itu tidak bagus tetapi yang saya terangkan ini adalah batin syariat. Kalau syariat tanpa batinnya maka jadilah ia hampa walaupun nampak mengkagumkan orang yang memandang. Kalau tubuh kita tiada batinnya, maka ia akan jadi mayat. Begitulah tamsilannya. Tuhan tidak malu memberikan perumpamaan dengan sekecil-kecil makhluk. Dengan perumpamaan ini banyak manusia mendapat hidayat dan ramai juga yang akan kufur kepa Tuhannya.

No comments:

Post a Comment