Thursday, November 26, 2015

Manusia lupa Janji

Lama juga saya tidak menulis. Banyaklah halnya. Dalam kesempatan ini saya cuba membuat ulasan tentang sifat dan sikap manusia yang lebih memberatkan hukum syariat @ feqah dan mengabaikan aspek tariqat dan hakikat.

Pengalaman berbicara dengan seorang imam mesjid yang selalu memberikan khutbah Jumaat pun eunjukkan dia gagal untuk menjelaskan konsep diri itu sendiri. Apabila berbicara istilah sembahyang dan solat pun dia tak faham. Bukan apa, jika dia sendiri gagal memahami hakikat diri maka penyampaiannya dalam khutbah atau tazkirah akan terus menyimpang daripada arahan Tuhan dan perjuangan nabi dan rasul terdahulu. Baginya, dalam solat rukun qalbi hanya niat. Kalau macam ini solatnya hanya akan sia-sia kernana rukun qalbi inilah yang akan memaknakan rukun qauli dan fikli. Sebabnya, Tuhan tidak memandang pada rupa kamu tetapi hati kamu.

Bagi saya, dalam khutbah Jumaat atau tazkirah agama, ahli agama wajib memperingatkan janji kita kepada Tuhan. Manusia memang terleka dengan dunia. Cuba baca surat at-Takasur. Cerita fasal kemaruk dunia hingga hingga nak masuk lubang kubur, punyalah seronoknya. Inilah tugas ahli agama dari dulu hingga hari qiamat. Lainlah ahli agama yang keuniaan seperti dalam sambiungan ayat Qursy. Ahli Allah mengajak manusia ke jalan yang lurus. Ahli kitab dunia menunjukkan jalan sesat hingga masuk  neraka dan kekal di dalamnya.

Walaupun kita punya nama yang nampak Islamik dan berbau Arab, tetapi pengetahuan dan amalan kita jauh daripada menyimpang. Ibu bapa yang raji ke surau dan mesjid dan guru agama yang memberi tazkirah dalam televisyen dan mufti amat jarang menegur pemimpin kecil dan besar supaya kembali kepada perintah Tuhan.

Saya bimbang bukan orang lain anak bini sendiri pun payah mahu mendengar apatahlagi menerima peringatan Tuhan. Walaupun belajar ilmu wahyu di menara gading tetapi berpegang pada syariat.

Kesimpulan ngomelan saya supaya para pembaca berfikir betapa susahnya menyampaikan risalah tauhid Tuhan kepada yang mengaku beragama Islam. Kalau ditanya makna Islam dan falsafahnya pun entah berapa kerat yang boleh memberikan awapan dengan betul. Begitulah.. Itu belum lagi si Islam datang menyerang dengan labelan menyampaikan ajaran sesat atau ekstrimis. Itulah sebabnya penyampai risalah tauhid ini sedikit dan tidak popular. Kalau nak popular ajarlah ilmu feqah ataupun mengaar cara membaca quran atau jadi mutawif umrah dan haji. Duit dapat glamour pun dapat. Tidak percaya cubalah.

No comments:

Post a Comment