Tuesday, November 17, 2015

MENGINGAT KEMBALI SEBAB ADAM AS DAN KETURUNANNYA DIUTUS MENJADI KHALIFAH

Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah daku kebaikan di dunia dan di akhirat dan jauhkanlah daku dan saudaraku yang mukmin daripada api neraka. Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah takdir buruk yang Engkau timpakan kepada makhlukMu. Amin...


Para pemegang amanah agama kini nampaknya lebih cenderung mengembangkan ilmu fiqah untuk menyelesaikan masalah umat Islam. Cerita hal ehwal ibadat lebih cenderung untuk memenuhi syarat rukun qauli dan rukun fe`li. Rukun qalbi terus tercicir. Dalam beragama, kita beribadah mesti memenuhi syarat rukun qauli, fe`li dan qalbi. kalau salah satu daripadanya tiada maka sia-sialah sahaja ibadat yang dikerjakan. Jadi, kita hukum belajar aspek rukun qalbi adalah wajib lagi fardhu.

Sehubungan dengan itu, kita perlu belajar dari mula. Di manakah mulanya ? Kita mesti tahu hal diri kita sendiri. Dari mana kita data, anasir diri kita, janji kita, musuh kita dan ke mana kita akan pergi. Panjang ceritanya. Orang terdahulu belajar terpaksa menghabiskan sebahagian besar umurnya untuk mendalami ilmu diri ini. Mungkin kita pernah mendengar ayat "Awal agama itu mengenal (maarifat) Allah".

Saya pun telah menghabiskan masa lebih kurang 15 tahun untuk mempelajari ilmu ini tetapi tidaklah banyak yang saya fahami. Ilmu yang sedikit ini saya cuba ceritakan untuk bacaan tuan-tuan sebagai tanggungjawab saya sebagai pemegang janji kepada Tuhan.

Apabila disebut Adam, maksudnya diri jasmani kita iaitu manusia. Adam awal itu Nabi Adam as. Nabi Adam as itu dari syurga khuldi. Khuldi itu merujuk kepada perempuan. Kalau kita dimasukkan ke dalam Syurga Khuldi maka kita akan dapati ramai perempuan. Jadi kita memang keturunan nabi lagi rasul. Tidak kiralah kita dari keturunan mana sekalipun. Bangsa Eropah, Asia ataupun Afrika. Kita semua makhluk syurga asalnya. Adam as dijadikan daripada tanah. Kemudian ditambah dengan anasir air, api dan angin. Setelah siap ditempa menjadi lembaga Adam Tuhan telah meniupkan sebahagian daripada RohNya lalu lembaga tersebut pun hidup dan bernama Adam. Keturunannya pula daripada air benih lelaki dan perempuan. Hawa pula tiba-tiba ada di sisi Adam apabila terjaga daripada tidur. Ada pendapat yang mengatakan Hawa daripada rusuk kiri Adam as. Kalau tak percaya kiri tulang rusuk kiri orang lelaki, pastinya kurang satu. Betul ke ? Kiralah sendiri.

Adam as, Hawa dan Iblis telah dihalau ke planet dunia kerana melanggar larangan Tuhan. Adam as dilarang menhampiri pohon khuldi tetapi Adam as terlupa kerana pujukan Hawa. Iblis yang telah berjaya menggoda Hawa. Apakah pohon Khuldi tersebut. Guru saya menjelaskan Hawa itulah pohon Khuldi. Sebenarnya Tuhan melarang Adam as bersetubuh dengan Hawa. Hikmahnya ialah Syurga bukan tempat berkembang biak. Hikmah lainnya ialah ia menjadi asbab untuk menghantar Adam as ke planet dunia. Di planet dunia Adam as telah sujud lama untuk memohon ampun atas kesalahannya dan akhirnya Tuhan telah menerima taubatnya. Solat Subuh sebenarnya daripada solat nabi Adam as.
Tuhan telah memberi petunjuk kepada Adam as untuk menjadi khalifah di dunia. Khalifah di sini bermaksud wakil Tuhan di muka bumi.

Cerita Adam as dan keturunannya akan berterusan sehinggalah samapai hari qiamat. Pertembungan keturunan Adam dengan Iblis dan Syaitan amatlah sengit dan menjadi jihad kepada orang yang beriman sehingga berjaya atau terkorban dalam perjuangan. Inilah jihad yang paling besar dalam hidup manusia.

Maksud Adam itu ialah Allah dan Muhammad tidak bercerai. Allah itu membawa maksud Zat, Sifat, Af`al dan Asmak. Muhammad itu maksudnya manusia. Di tanah Arab, mereka akan memanggil manusia dengan nama Muhammad. Aspek ini perlu penerangan yang lain.

Dalam bahasa yang mudah, manusia terdiri daripada jasmani dan rohani. Jasmani inilah jasad. Jasad ini akan kembali kepada tanah. Rohani inilah yang datang dari Allah dan kembali kepada Allah. Yang inilah kita tidak faham. Sebabnya ibu bapa dan guru tidak mengajarnya. Inilah yang menyebabkan kita tidak mengenal diri. Pada sisi Tuhan, diri itu bukan jasad. Jasad tiada dosa atau pun pahala. Ia hanya menjadi saksi pada perlakuan kita di akhirat kelak. Tetapi, dalam fiqah inilah yang penting.

Kalau kita baca maksud Qur`an dalam surah Al A`raf ayat 172, apabila ditanya kepada sekalian Rohani, "tidakkah Aku Tuhanmu" maka dijawaba oleh sekalian Rohani bahkan.

Dari sinilah timbul konsep syahadah toyyibah,
Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah

Janji ini diperingatkan tatkala, Tuahan meniupkan Roh kepada jasad bayi yang berusia 120 hari dalam kandungan ibu. Masa ini dipanggil salam zaman. Apabila lahir bayi ke dunia maka bayi lelaki diazankan dan bayi perempuan diiqamahkan. Apabila majlis naik buai juga diingatkan dengan syahadah toyibbah. Apabia azan dikumandangkan syahadah ini juga yang diperdengarkan dan apabila sedang nazak kita juga diperingatkan dengan syahadah ini. Yang sedihnya berapa ramai anak cu Adam yang memahaminya ? Inilah perjuangan para nabi dan rasul terdahulu dan diteruskan oleh para warisnya.

Mengapa kita tidak ingat dengan janji di alam roh ataupun mana ada ? Tak percaya maknya kita telah murtad daripada Islam. Tuhan telah memperngatkan kita melalui ayat Qur`an. Kita wajib tahu maksudnya supaya menjadi petunjuk sepanjang hidup. Inilah sahaja yang Tuhan jamin ketulenannannya hingga hari qiamat. Kalau nak menggunakan hujah hadith saya tak mahir dan hadith itu pula banyak kategorinya. Ini bukan bermakna saya anti hadith. Kalau tidak dalil qur`an barulah rujuk hadith. Cuba lihat umat Melayu Islam, mereka lebih fokus pada makhraj dan taranumnya. Maksudnya amat kurang diambil berat.

Diri Rohani kita sebenarnya lebih tua daripada umur Iblis dan dicipta di Alam Lahut. Apabila diri berpindah alam, diri kita digabungkan dengan beberapa unsur lain sebelum dimasukkan ke dalam jasad menjadi manusia. Rohani akan memasuki jasad secara bergilir-gilir sehingga ke suatu masa yang ditetapkan. Rohani nabi Adam as dan Rohani kita hari ini sebaya. Cuma baginda lahir ke dunia dahulu. Rohani ini dari alam roh sebelum ditiupkan ke dalam jasad bayi dalam kandungan ibu.

Alam dunia ini tempat untuk menguji Rohani sama ada mereka ingat atau lupa pada janji di alam roh. Iblis dan Syaitan dijadikan untuk menyesatkan Rohani ini. Iblis tidak syiri. Dia hanya sombong. Dia memohon kebenaran kepada Tuhan untuk menyesatkan manusia. Kita ada mohon kebenaran kepada Tuhan untuk berbuat jahat ? Iblis kenal Tuhan, kita ? Ibadatnya beribu tahun sehingga diangkat ke langit ketujuh dan namanya Azazil. Apabia dia sombong maka terhapuslah amal baiknya. Kita bagaimana ? Berapa banyak atau lamanya beribadat ? Berapa kali kita engkar dan mensyirikkan Tuhan ? Ataupun kita tidak kenal Tuhan dan kitalah Tuhan.

Selagi kita belum berpulang, kita teruskan perjuangan yang belum selesai. Apa yang kita perbuat sebenarnya untuk diri kita sendiri. Kita mestilah yakin diri kita yang sebenarnya adalah yang ghaib terletak di dalam jasad dan dikenali sebagai Rohani yang telah berjanji kepada Tuhan yang bernama Allah. Tugas kita di dunia adalah untuk beribadat dan tidak mensyirikkanNya. Rupa Rohani itu sama seperti jasad. Rohani mengikut bentuk jasad. Di akhirat Rohani itu akan akan mencari jasadnya semula. Kalau Rohani tak kenal jasad jenulah dia terawang-awang. Dalam kerohanian, memang ada diajarkan amalan supaya Rohani dapat mencari jasadnya semula untuk dibangkitkan dari kubur masing-masing. Amalan ini dipanggil ijab kabul roh dengan jasad. Ini kena baiah dengan guru kerohanian. Guru saya masih hidup, Ustaz Ariffin b Ngah, parit 11 Sungai Dulang, Jln Bagan Datoh, Perak. Untuk mentahikkan ilmu ini pun memerlukan masa.

No comments:

Post a Comment