Sunday, February 20, 2011

Misteri Hubungan Tuhan dan Hambanya 2




Apabila telah wujud Adam as dan keturunannya, Tuhan telah menghantar petunjuk sebagai panduan hidup manusia melalui manusia yang diangkat menjadi Rasul dan Nabi. Ada yang bertaraf Nabi lagi Rasul dan ada juga yang berstatus Nabi.

Sebenarnya, kita manusia pada hari ini adalah keturunan Nabi lagi Rasul, iaitu daripada Nabi Adam as dan Siti Hawa. Tak tahu pulak jika ada yang percaya manusia tu berasal darpada kera (ape) seperti yang didakwa oleh Darwin dan konco-konconya. Tidak kiralah di mana manusia itu menetap ataupun bahasa apa yang dituturkan. Cuma yang ada sekarang manusianya tidak berakhlak seperti para Rasul dan Nabi terdahulu. Hal ini kerana mereka menghidap penyakit cintakan dunia dan takutkan mati. Nabi dan Rasulnya Nafsu.

To becontinued......

Apabila wafat Muhammad b. Abdullah saw, tugas para rasul terpikul kepada alim ulama. Ulamak itu adalah para waris nabi. Dari segi maksud, Rasul itu pesuruh. Nabi tu maksudnya penyampai. Kalau ada yang mengaku Rasul atau Nabi jangan kata sesat tak tentu fasal. Ataupun tuduh mereka itu syirik. Tak fasal-fasal kita mengkafirkan orang yang beriman. Tentulah berdosar besar. Cuma dalam masyarakat kita sekaran ia perkara pelik tetapi kalau belajar bahasa ia tidak ada apa-apa yang ganjil.

Saturday, February 19, 2011

Misteri Hubungan Tuhan dan Hambanya




Tuhan mencipta dan menguruskan hambanya untuk menunjukkan segala perbuatanNya (af`al). Yang dicipta itu makluk. Makhluk tiada berkuasa untuk berfikir, berkeinginan, bergerak ataupun hidup. Jadi Tuhan kurniakan akal, roh, nafsu dan nyawa kepada makhluk untuk berfungsi. Gabungan empat unsur tersebut wujudlah manusia. Manusia pertama itu dinamai Adam. Asalnya Adom (tiada). Jadi Tuhan wujudkan dunia dengan segala perhiasan untuk kehidupan Adam dan anak-anak Adam hingga qiamat.

Hanya Adam dan anak-anak Adam yang diberi tanggungjawab di dunia, iaitu sebagai khalifah yang menggantikan tugas para jin yang telah gagal menjalankan tugasnya sebagai khalifah. Kita hari ini semuanya anak-anak Adam. Maknanya semua manusia terbeban dengan tanggungjawab sebagai khalifah iaitu mentadbir dan memakmurkan dunia hingga akhir hayat. Tidak ada jalan untuk lari daripada tanggungjawab tersebut. Kalau mahu senang, jadilah binatang kerana tidak terikat dengan tanggungjawab sebagai khalifah tetapi mesti berkhidmat kepada khalifah. Ada yang mau ?

Soalnya yang kafir itu khalifah juga ke ? Jawapnya ye. Kafir ke, fasik ke, Islam ke, beriman ke tanggungjawab tetap tanggung jawab. Nanti dalam kubur kena jawab, di akhirat pun kene jawab.
Yang jadi melencong itu kerana mereka lari daripada petunjuk Tuhan. Tuhan tu adil. Tiada suatu umatpun di dunia melainkan ada yang membawa petunjuk daripada Tuhan. Setelah kematian pembawa petunjuk pengikutnya mula mengikut petunjuk hawa nafsunya. Dalam dunia hari ini maklumat tentang agama mudah diakses ataupun jumpa guru agama. Yang ye nye malas nak fikir. Yang pentingnya aku mahu kebebasan tak mahu dikongkong oleh tanggungjawab.

to be continued..

Friday, February 18, 2011

Ilmu yang paling tinggi dan komprehensif




Pada hari ini ahli akademik mungkin bersetuju dengan pendapat ilmu yang paling tinggi nilainya ialah Fizik Astronomi. Ilmu ini menjurus kepada kajian angkasa lepas. Memang susah dan luas
skop kajiannya. Betul tak ? Angkasawan yang sampai ke angkasa lepas terpaksa belajar ilmu ini kerana mengkaji fenomena di luar sana. Yang tidak tahu ilmu ini tetapi sampai ke angkasa lepas bolehlah dianggap sebagai pelancong elit kerana terpaksa membayar kos persediaan dan tambang tiketnya amat mahal.

Bagi saya, ilmu yang paling tinggi dan komprehensif ialah ilmu Lailahaillalallah. Ilmu ini mampu menceritakan fenomena angkasa lepas, asal usulnya, cerita tentang Tuhan, kejadian makhluk yang beraneka ragam rupanya dan juga yang berkaitan dengan perhubungan makhluk dengan Tuhan sebelum alam ini wujud hinggalah ke akhirat. Barang siapa dapat mengucap dua kalimah ini, wajib atasnya syurga. Begitulah besarnya fadhilat dua kalimat ini. Kalau ditimbang Lailahaillallah ini dengan dunia serta isinya, barat lagi kalimah ini. Hah, pasti banyak ilmu dan rahsia yang terkandung di dalamnya!

Untuk itu, menjadi kewajipan umat manusia mencari guru dan tuntutlah khazanah itu daripadanya. Tambahan pula usia kita yang semakin bertambah kurang ye tak...? Jangan percaya dengan dakwaan manusia yang menjadikan akal sebagai neraca. Tak ke mana sudahnya.

Thursday, February 17, 2011

ANTARA TUHAN DAN ALLAH




Manusia secara umumnya mempercayai adanya Tuhan. Hal ini tidak dibatasi faktor geografi dan masa. Asalnya manusia memang mentauhidkan Tuhan, iaitu sejak Nabi Adam as. Namun setelah kewafatan Adam as, mulalah iman manusia menjamakkan Tuhan kerana pengaruh hasutan syaitan dan faktor kejahilan diri. Fahaman tiada bertuhan berlaku semasa zaman revolusi pemikiran di beberapa Negara Barat yang dipanggil Zaman Renaissance. Watak seperti Rene Descartes dan Nietchze terkenal sebagai tokoh anti Tuhan. Falsafahnya mudah, iaitu cogito ergo sum (aku fikir ada, maka aku pun ada). Kesemuanya ahli falsafah baru yang menentang golongan gereja yang dilihat mengongkong pemikiran manusia kebanyakan. Golongan cerdik pandai ini tidak ramai tetapi pemikirannya masih berpengaruh. Hari ini manusia percaya kepada ramai Tuhan. Ada tuhan manusia, tuhan binatang, tuhan cakerawala mahupun tuhan unsur-unsur bumi. Bagi yang intelek mereka bertuhankan hawa nafsu. Bagi yang ingin kekuasaan mereka bertuhankan jin. Jadi mana satu yang benar-benar Tuhan ?


Bagi saya, yang tidak kenal tuhan itu golongan yang disesatkan Tuhan. Yang kenal Tuhan tetapi engkar itulah kaum yang derhaka kepada Tuhan. Dalam al Qur`an, Tuhan hanya satu (ahad). Lihat surah al Ikhlas.


Allah itu nama salah satu nama Tuhan yang indah. Tuhan mempunyai nama yang agung (asmaul a`zom) dan nama yang indah (asmaul husna). Jadi kita hendak sembah zat Tuhan atau namaNya ? Jadi bergurulah kepada manusia yang mempunyai ilmu mentauhidkan Tuhan sebelum terlambat. Bayangkanlah orang yang melaksanakan syariat berpuluh-puluh tahun hingga longgar sendi-sendinya tetiba sedar tauhidnya salah. Alangkah ruginya... Ibadat orang yang tidak kenal Tuhan akan dilemparkan seperti kain buruk….

Wednesday, February 16, 2011

ANTARA AIR DAN MINYAK






Kepercayaan orang lama mengatakan air dan minyak tidak akan bercampur kerana sifatnya yang berlainan. Walaupun kedua-duanya disimpan di dalam botol yang sama dan digoncang dengan tangan sekuat tenaga. Walaupun pada awalnya nampak bercampur tetapi lama kelamaan minyak dan air akan mengasingkan diri. Minyak di atas dan air di bahagian bawah. Itulah falsafah orang kita dahulu dengan membandingkan antara iman dan kufur. Kedua-duanya tidak akan bercampur baur.

Dengan kemajuan teknologi, air dan minyak boleh bersebati. Air dan minyak apabila dimasukkan ke dalam tabung dan dikenakan tekanan tinggi, kedua-duanya akan bercampur-baur. Minyak dan air boleh bercampur dengan menambah satu bahan perantara seperti sabun.

Kalau ditinjau dari segi asal usul minyak, ia memang berasal dari air. Cuma apabila sampai satu peringkat penyulingan, ia terpisah dengan air. Cuba lihat minyak yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan seperti minyak kelapa, minyak jagung, minyak kacang ataupun kayu putih. Petroleum juga terhasil daripada pereputan bahan organik yang pasti mengandungi air.

Sebenarnya orang yang tiada ilmu tidak mampu mengasingkan antara iman dan kufur dalam kehidupan. Cuma mereka percaya daripada kata-kata orang tua iman dan kufur tidak akan bercampur. Ada yang memegang konsep orang yang rajin ke mesjid surau, menyimpan janggut pasti beriman. Orang yang berseluar pendek dan tidak bersembahyang jumaat dan pengotor itu kufur. Kalau kita belajar lebih sedikit, pasti akan faham dan faham kita itu berlawanan dengan yang terdahulu. Kesimpulannya wajib kita belajar lagi ilmu dalaman supaya tidak terpedaya dengan apa yang kita lihat.

Tuesday, February 15, 2011

ANTARA HATI DAN JANTUNG





Apabila kita cuba mahami maksud sebenar hati, mungkin kita akan menemui dua jawapan yang berbeza. Ada yang faham ia mungkin jantung kerana memang ada yang memaknakannya begitu. Alasannya di situlah tempat syaitan bergayut mengikut pandangan beberapa aliran tariqat. Bagi orang awam hati tu hatilah seperti yang difahamkan mengikut gambar anatomi badan manusia. Isunya yang manakah lebih tepat dan lebih bermakna untuk membersikan perilaku manusia sebagai hamba Allah.

Hati ini akan menggambarkan perangai tuannya. Tuhan pun tidak melihat rupa paras manusia untuk membuat penilaian tetapi melihat hatinya. Dari sinilah timbul keperluan untuk memahami hati supaya dapat diketahui, dikenali dan dibersihkan. Penyakit klinikal yang menjangkiti dua tempat tersebut pun susah dirawat apatah lagi penyakit yang tidak nampak dan berpunca dari situ.

Jadi, saya rasa hati yang boleh dilihat tu hati (hepa). Hati yang tak kita nampak tu roh kitalah. Soal roh ni kena cari dan tanya guru yang tahu bab kerohanian. Yang ini wajib kita pelajari. Memang tidak diajar di IPT pun.

Monday, February 14, 2011

MATEMATIK AQIDAH & MATEMATIK LOGIK





Kita memerlukan matematik untuk mengira, meramal dan membuat keputusan tentang sesuatu hal. Dalam pelajaran Matematik logik mudah, 1 + 1 = 2. 4 - 1= 3. Inilah yang dipercayai oleh umat manusia sejak manusia wujud turun temurun.

Matematik logik ini berlawanan dengan matematik aqidah kerana falsafahnya juga lain. 1 + 1 = 0 dan 1 -1 = 0. Hal ini demikian kerana hukum ini telah ditetapkan oleh Tuhan manusia. Kita dikuasai Tuhan dan manusia mustahil menguasai Tuhan.

Kesimpulannya, logik itu ada batas kepada kebenaran. Kebenaran itu hak Tuhan.

Sunday, February 13, 2011

2011 HARAPAN BARU

Walaupun kita di Malaysia telah difahamkan melalui Perlembagaan Persekutuan skular kalau Melayu semestinya Islam. Betul ke ? Perlembagaan tu yang betul atau Qur`an yang betul. Kalau tanya nafsu syaitan, perlembagaan tu yang betul. Kalau tanya nafsu baik, Qur`an yang betul. Siapa yang lebih tahu menguruskan manusia ? Tuhan ke manusia. Logik akal budak darjah satupun akan kata Tuhan maha tahu. Jadi ikutlah cakap Tuhan.......