Thursday, February 17, 2011

ANTARA TUHAN DAN ALLAH




Manusia secara umumnya mempercayai adanya Tuhan. Hal ini tidak dibatasi faktor geografi dan masa. Asalnya manusia memang mentauhidkan Tuhan, iaitu sejak Nabi Adam as. Namun setelah kewafatan Adam as, mulalah iman manusia menjamakkan Tuhan kerana pengaruh hasutan syaitan dan faktor kejahilan diri. Fahaman tiada bertuhan berlaku semasa zaman revolusi pemikiran di beberapa Negara Barat yang dipanggil Zaman Renaissance. Watak seperti Rene Descartes dan Nietchze terkenal sebagai tokoh anti Tuhan. Falsafahnya mudah, iaitu cogito ergo sum (aku fikir ada, maka aku pun ada). Kesemuanya ahli falsafah baru yang menentang golongan gereja yang dilihat mengongkong pemikiran manusia kebanyakan. Golongan cerdik pandai ini tidak ramai tetapi pemikirannya masih berpengaruh. Hari ini manusia percaya kepada ramai Tuhan. Ada tuhan manusia, tuhan binatang, tuhan cakerawala mahupun tuhan unsur-unsur bumi. Bagi yang intelek mereka bertuhankan hawa nafsu. Bagi yang ingin kekuasaan mereka bertuhankan jin. Jadi mana satu yang benar-benar Tuhan ?


Bagi saya, yang tidak kenal tuhan itu golongan yang disesatkan Tuhan. Yang kenal Tuhan tetapi engkar itulah kaum yang derhaka kepada Tuhan. Dalam al Qur`an, Tuhan hanya satu (ahad). Lihat surah al Ikhlas.


Allah itu nama salah satu nama Tuhan yang indah. Tuhan mempunyai nama yang agung (asmaul a`zom) dan nama yang indah (asmaul husna). Jadi kita hendak sembah zat Tuhan atau namaNya ? Jadi bergurulah kepada manusia yang mempunyai ilmu mentauhidkan Tuhan sebelum terlambat. Bayangkanlah orang yang melaksanakan syariat berpuluh-puluh tahun hingga longgar sendi-sendinya tetiba sedar tauhidnya salah. Alangkah ruginya... Ibadat orang yang tidak kenal Tuhan akan dilemparkan seperti kain buruk….

No comments:

Post a Comment