

Apabila kita cuba mahami maksud sebenar hati, mungkin kita akan menemui dua jawapan yang berbeza. Ada yang faham ia mungkin jantung kerana memang ada yang memaknakannya begitu. Alasannya di situlah tempat syaitan bergayut mengikut pandangan beberapa aliran tariqat. Bagi orang awam hati tu hatilah seperti yang difahamkan mengikut gambar anatomi badan manusia. Isunya yang manakah lebih tepat dan lebih bermakna untuk membersikan perilaku manusia sebagai hamba Allah.
Hati ini akan menggambarkan perangai tuannya. Tuhan pun tidak melihat rupa paras manusia untuk membuat penilaian tetapi melihat hatinya. Dari sinilah timbul keperluan untuk memahami hati supaya dapat diketahui, dikenali dan dibersihkan. Penyakit klinikal yang menjangkiti dua tempat tersebut pun susah dirawat apatah lagi penyakit yang tidak nampak dan berpunca dari situ.
Jadi, saya rasa hati yang boleh dilihat tu hati (hepa). Hati yang tak kita nampak tu roh kitalah. Soal roh ni kena cari dan tanya guru yang tahu bab kerohanian. Yang ini wajib kita pelajari. Memang tidak diajar di IPT pun.
No comments:
Post a Comment