

Pada hari ini ahli akademik mungkin bersetuju dengan pendapat ilmu yang paling tinggi nilainya ialah Fizik Astronomi. Ilmu ini menjurus kepada kajian angkasa lepas. Memang susah dan luas
skop kajiannya. Betul tak ? Angkasawan yang sampai ke angkasa lepas terpaksa belajar ilmu ini kerana mengkaji fenomena di luar sana. Yang tidak tahu ilmu ini tetapi sampai ke angkasa lepas bolehlah dianggap sebagai pelancong elit kerana terpaksa membayar kos persediaan dan tambang tiketnya amat mahal.
Bagi saya, ilmu yang paling tinggi dan komprehensif ialah ilmu Lailahaillalallah. Ilmu ini mampu menceritakan fenomena angkasa lepas, asal usulnya, cerita tentang Tuhan, kejadian makhluk yang beraneka ragam rupanya dan juga yang berkaitan dengan perhubungan makhluk dengan Tuhan sebelum alam ini wujud hinggalah ke akhirat. Barang siapa dapat mengucap dua kalimah ini, wajib atasnya syurga. Begitulah besarnya fadhilat dua kalimat ini. Kalau ditimbang Lailahaillallah ini dengan dunia serta isinya, barat lagi kalimah ini. Hah, pasti banyak ilmu dan rahsia yang terkandung di dalamnya!
Untuk itu, menjadi kewajipan umat manusia mencari guru dan tuntutlah khazanah itu daripadanya. Tambahan pula usia kita yang semakin bertambah kurang ye tak...? Jangan percaya dengan dakwaan manusia yang menjadikan akal sebagai neraca. Tak ke mana sudahnya.
No comments:
Post a Comment