

Kepercayaan orang lama mengatakan air dan minyak tidak akan bercampur kerana sifatnya yang berlainan. Walaupun kedua-duanya disimpan di dalam botol yang sama dan digoncang dengan tangan sekuat tenaga. Walaupun pada awalnya nampak bercampur tetapi lama kelamaan minyak dan air akan mengasingkan diri. Minyak di atas dan air di bahagian bawah. Itulah falsafah orang kita dahulu dengan membandingkan antara iman dan kufur. Kedua-duanya tidak akan bercampur baur.
Dengan kemajuan teknologi, air dan minyak boleh bersebati. Air dan minyak apabila dimasukkan ke dalam tabung dan dikenakan tekanan tinggi, kedua-duanya akan bercampur-baur. Minyak dan air boleh bercampur dengan menambah satu bahan perantara seperti sabun.
Kalau ditinjau dari segi asal usul minyak, ia memang berasal dari air. Cuma apabila sampai satu peringkat penyulingan, ia terpisah dengan air. Cuba lihat minyak yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan seperti minyak kelapa, minyak jagung, minyak kacang ataupun kayu putih. Petroleum juga terhasil daripada pereputan bahan organik yang pasti mengandungi air.
Sebenarnya orang yang tiada ilmu tidak mampu mengasingkan antara iman dan kufur dalam kehidupan. Cuma mereka percaya daripada kata-kata orang tua iman dan kufur tidak akan bercampur. Ada yang memegang konsep orang yang rajin ke mesjid surau, menyimpan janggut pasti beriman. Orang yang berseluar pendek dan tidak bersembahyang jumaat dan pengotor itu kufur. Kalau kita belajar lebih sedikit, pasti akan faham dan faham kita itu berlawanan dengan yang terdahulu. Kesimpulannya wajib kita belajar lagi ilmu dalaman supaya tidak terpedaya dengan apa yang kita lihat.
No comments:
Post a Comment