Wednesday, November 18, 2015

Rohani 2

Sebelum saya membuat coretan ini, sempat saya bersembang dengan kawan-kawan tentang setakat man kita beraqidah. Nampaknya gayat jawapan yang diberi. Seolah-olahnya kita hanya perlu mengakui wujudnya Tuhan sebagai pencipta. Ini sudah memadai. Belajar lebih lanjut baik tetapi jangan dibincang dengan orang awam. Mudah-mudah Tuhan mengasihi mereka.

Dalam Rohani 1, saya menyebutkan Rohani terdiri daripada Roh, Aqal, Nafsu dan Nyawa. Roh, Nafsu dan Aqal juga dikatakan sebagai Rohul Yaqazah, iaitu roh yang menjagakan. Waktu tidur, Rohul Yaqazah keluar. Ke mana ? Nantilah kalau saya dapat jawapan, moga dapat saya tuliskan. Masa inilah berlakunya mimpi. Waktu tidur sahaja berlaku mimpi. Ada juga waktu tidur tiada mimpi. Nasiblah. Sampai masa, apabila Rohul Yaqazah dimasukkan oleh Tuhan ke dalam jasad, maka jasad itu akan terjaga. Boleh tak Rohul Yaqazah terhalang daripada memasuki jasadnya. Jawapannya boleh ! Jika berlaku perubahan pada jasad atau Rohul Yaqazah terbelenggu oleh sesuatu maka tak bangunlah jasad itu. Dia akan terus tidur. Nyawa itu dikenal juga sebagai Rohul Hayat, iaitu roh yang menghidupkan. Jika Rohul Hayat itu meninggalkan jasad, maka jasad itu akan mati.

Rohul Hayat sebenarnya sentiasa beribadat mengingat Tuhan. Amalannya dikenal sebagai Solatul Daim. Saya yakin jika kita mengenal kedua-dua roh ini, manusia tidak bermasalah menjaga janji dengan Tuhan seperti dalam ayat 172 Surah al A`raf. Pun begitu, dengan adanya unsur nafsu dalam jasad anak Adam, maka berlakulah keingkaran terhadap janji kepada Tuhan. Ada anak-anak Adam mengaku Tuhan dan menentang Tuhan secara terbuka ataupun tanpa disedari.

Dalam ilmu kerohanian, ada dianjurkan amalan mencuci nafsu. Dalam Qur`an ada menyebutkan "Orang beriman berada di maqam yang betul". Maqam itu bukannya kubur tetapi pada kedudukan. Nafsu ini akan memberikan taraf pada Rohani. Ada yang berada pada taraf nafsu kebinatangan hinggalah ke nafsu kemalaikatan. Dalam Qura`an ada menyebutkan manusia itu sebagai haiwan yang melata (Daabah).
"Sehina-hina haiwan yang melata ialah mereka yang kafir sebab tidak beriman."

Dalam surah al Fajr,  Tuhan berfirman "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam  keadan reda meredhai"

Hanya anak Adam yang bernafsu Mutmainnah sahaja yang dapat masuk syurga. Kalau kita tidak mengenal nafsu bagai mungkin dapat masuk syurga. Namun mesti diingat syurga itu anugerah Tuhan. Pun begitu kita wajib belajar mengenal nafsu sebab itu perintah.

Begitulah lebih kurangnya penerangan siapa itu diri kita. Ulamak hakikat menyimpulkan kalau kita kenal diri, barulah kita mengenal Tuhan. Apabila sudah ada ilmu baru ibadah kita akan betul dan jauh daripada syirik. Dosa yang tidak terampun ialah mensyirikkan Tuhan. Kalau tak belajar bagai mana kita akan tahu. Renungkanlah.

No comments:

Post a Comment