Walaupun Iman dan Amal menjadi slogan pada pertubuhan atau organisasi, malangnya ia hanya menjadi slogan yang tidak difahami hakikatnya mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Bagi saya ISLAM itu adalah akroni bagi suatu hal yang amat besar. Untuk memahaminya tidak bolehlah menggunakan huruf roman tetapi menggunakan huruf jawi baru senang hendak dicerita. Alif itu melambangkan Allah. Allah itu menjadi sumber sesuatu. Sesuatu itu datangnya daripada Allah. Sin itu merujuk kepada salamatun maknya selamat. Lam Alif ini merujuk kepada syahadah toyyibah. Lailaha illa Allah. Mim itu Muhammad, maknanya manusia. Boleh juga dikaitkan dengan Nabi Muhammad saw.
Dalam Qur`an Allah telah mengulang seruan wahai orang yang beriman sebanyak 88 kali. Tidak ada pula seruan Allah wahai orang Islam. Sudah tentu ada sebabnya. Ini soalan aras tingga (HOT). Orang yang beriman sebab ilmunya kepada Allah lain daripada orang Islam, tambahan pula Islam warisan lagilah jauh berbeza. Paling mudah orang beriman ini mengenal dan percaya bahawa segala sesuatu daripada Allah dan perlakuan sesuatu itu pun daripada Allah barulah dia betul-betul beriman. Amalannya akan Islam, iaitu seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Quran dan sunnah Rasul. Sifat Rohani yang mengenal Allah akan mengawal perilaku zahirnya supaya menjadi baik. Ini ada arahan Allah kepada manusia yang beriman. Akal akan mengawasi nafsunya supaya tidak turun tarafnya ke tahap nafsu Sawiah, Lawamah ataupun Amarah. Cerita memang mudah tapi nak maintain sangat hebat dugaannya. Azazil pun tewas dan Balam Baura pun tewas. Kita ni tak tahulah. Yang penting berjuanglah ke arah yang dikehendaki oleh Allah sendiri. Mudah-mudahan berjaya sampai ke garis penamat...
Islam ini hukum syariat, iaitu hukum badan yang berkisar dengan adab perilaku kita sebagai manusia. Paling mudah ia berkaitan dengan hukum fe`li dan hukum qauli. Syariat ini berubah-ubah mengikut zaman. Kalau kita baca sejarah, syariat zaman nabi Adam, Musa, Isa dan Muhammad saw ada yang berbeza dan ada yang sama. Mereka semua Islam. Jangan ingat nabi Muhammad sahaja membawa ajaran Islam dan yang baru. Nabi Muhammad hanyalah penerus kepada nabi-nabi yang terdahulu sehingga syariat ini lengkap dan sesuai sepanjang zaman.
Harapan saya dalam penulisan pendek ini supaya tuan-tuan berlapang dada dan berfikir secara rasional berdasarkan pembacaan dapat memahami bahawa Islam itu memang cara hidup yang syumul dan tidak jumud dek masa.
Wednesday, December 9, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment