Thursday, December 17, 2015

Kembali Mempelajari Ilmu Sifat 20

Dalam Ilmu Kerohanian, Awal Agama ialah mengenal Allah. Ini rasa saya bukanlah hadith tetapi amat significant bagi kita yang ingin menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Cara mengenal Allah mestilah secara komprehensif kerana diri kita hanya akan dinilai dan bermakna jika kita ada ilmu mengenal Allah. Saya terkenangkan ucapan dalam khutbah arwah Wak Johar di Mesjidut Taqwa Jalan Padang Tembak Teluk Intan. Beliau sering membacakan ayat al Qur`an " Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali yang datang kepada Allah hati yang sejahtera sejahtera". Hal ini menuntut kita supaya kita mengenal hati supaya sejahtera. Untuk sejahtera kita mesti ada ilmu dan ilmu itu mestilah menjadikan kita betul-betul kenal apa itu hati supaya kita tidak ada perasaan ragu-ragu betul benarnya faham kita tentang hati. Apabila kita dipersoalkan maka dengan mudah kita mampu memberikan penjelasan yang bersifat ilmiah dan selaras dengan al Qur`an. Agak-agak berapa lama kita boleh faham dan kepada siapa kita hendak belajar ? Syeikh Abdul Qadir Jailani, Sultanul Auliya menghabiskan pelajarannya selama 25 tahun mengasingkan diri. Bagaimana dengan kita ? Ada sanggup ? Suka tidak suka kita wajib melaluinya. Cuma mengikut keupayaan. Beliau memang mengkhusus. Kita ada tanggungjawab dengan dunia. Belajar  ilmu ini tetap wajib.

Dalam pengalaman saya belajar ilmu sifat 20, dulu ada diajar dalam silibus Pendidikan Islam sekolah rendah. Masa itu tahun 1970-an tetapi kini tiada lagi. Yang diajar sifat yang wajib 20, sifat mustahil 20 dan sifat yang harus 1. Jadilah 41 sifat. Bolehkah kita mengenal Tuhan selayaknya. Bagi saya tidak cukup kerana kita hanya menghafal sifat tanpa dapat mengaitkan dengan kehidupan kita. Paling tinggi saya belajar di surau. Ustaznya pun telah berpulang. Sifat 20 itu dibahagikan menjadi sifat Jalal, sifat Jamal,  sifat maani dan sifat maanawiah.


Untuk permulaan, kita bolehlah bermula dengan ada paradigma hendak mengenal Tuhan dan makhluk melalui Ilmu Sifat 20. Tuhan bukannya hanya mempunyai 20 sifat. Sebenarnya lebih tetapi cukuplah kita bermula dengan 20 sifat. Dalam al Qur`an, Allah menyuruh kita menggunakan akal untuk berfikir, menggunakan telinga untuk mendengar, menggunakan mata untuk melihat. Kalau kita tidak memanfaatkan ketiga-tiga indera itu, kita lebih hina daripada binatang ternak. Sebelum itu, apabila kita membaca al Qur`an kita setkan minda kita mencari ayat-ayat yang berkaitan aqidah supaya kita dapat keterangan yang berkaitan dengannya. Walaupun Qur`an itu hanya mengandungi 6236 ayat tetapi banyak ilmunya. Kita dapat lebih ilmu jika baca tafsir berbanding membaca taranumnya sahaja.

Ulama aqidah terkenal ialah Imam Abu Mansur al Maturidi, Imam Abu Hassan Asyaari dan Imam Fakhrurazi. Ada yang lain tetapi saya tidak mengetahuinya. Asalnya hanya ada sifat 13 tetapi sifat ini untuk mengenal Tuhan. Kemudian ditambah 7 sifat lagi oleh Imam Abu Mansur al Maturidi menjadi 20. 7 Sifat itu menerangkan makhluk. Ilmu ini tidak sampai kepada kita. Yang kita tahu telah ada ilmu sifat 20. Sebenarnya ada juga ahli agamawan tanah seberang menafikan ajaran sifat 20 kerana tiada diajar oleh para nabi. Jadi ia bidaah. Setiap bidaah sesat. Setiap yang sesat masuk neraka. Begitu ke dengan ilmu ini ? Golongan wahabi juga mengharamkan pelajaran ilmu sifat 20 dengan alasan ilmu ini berasal daripada para pemikir Rom seperti Socrate dan Plato. Soalnya adakah mereka sesat ? Apakah masalahnya jika penganut agama Islam tidak mengenal Tuhannya ? Siapakah yang akan disembah dan patutkah hamba tidak mengenal Tuhannya ? Begitulah polimik yang berlaku dalam mempelajari ilmu aqidah. Tidak kurang juga pengembang ilmu ini diseksa, dipenjara dan dipenggal lehernya kerana mempertahankan aqidahnya. Yang memilukannya ialah mereka dibunuh dengan kejam oleh penganut Islam sendiri kerana kepentingan dunianya dan tidak sejajar dengan pegangan agama yang ingin kekal berkuasa. Lihat sahaja nasib Hamzah Fansuri, Datu Sanggul Syeikh Siti Jenar. Mereka dihukum bunuh oleh pemimpin Islam yang berkuasa.

Bagi saya cukuplah kita belajar 20 sifat sahaja.

1. Wujud- ada
2. Qidam- sedia
3. Baqa- kekal
4. Mukhallafatuhulilhawadith- bersalahan dengan segala yang baharu
5. Qiamuhu binafsih- berdiri dengan sendiri
6. Wahdaniah- esa
7. Qudrat- kuasa
8. Iradat- kehendak
9. Ilmu - tahu
10. Hayat- hidup
12. Sama`- mendengar
13. Basar - melihat
14. Kalam - berkata-kata
15. Qaunuhu Qadirun- keadaan berkata-kata
16. Qaunuhu Muridun- kedaan berkehendak
17. Qaunuhu Alimun- keadaan tahu
18. Qaunuhu Hayyun- keadaan hidup
19. Qaunuhu Samiun- keadaan mendengar
20. Qaunuhu Mutakallimun- keadaan berkata-kata

Harapan saya kali ini supaya pembaca menyedari bahawa memang besar dugaan untuk mempelajari ilmu aqidah kerana ramai yang meremehkannya. Selalunya penyampaian ilmu ini membosankan. Bagaimanapun ilmu inilah yang diperjuangkan para rasul sepanjang zaman dan menyelamatkan kita dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment