Dalam tulisan Rohani 3, saya mengharapkan tuan puan dapat pencerahan yang tidak diperoleh jika kita hanya memahami ilmu fiqah sahaja. Kita wajib menguasai ilmu tariqat dan haqiqat. Jika ketiga-tiga disiplin ilmu ini dikuasai dengan baik, kita akan menjadi ahli maarifat.
Saya hendak sambung sedikit lagi tentang nyawa kita. Nyawa kita daripada sumber yang sama, iaitu Hakikatul Muhammadiah. Nur Muhammadiah berasal daripada Hakikatul Muhammadiah. Nur Muhammad itulah menjadi nyawa kepada makhluk yang hidup. Biasanya perkataan Nur Muhammad disalahfahami dan menyebabkan orang belajar dan bercerita tentang Nur Muhammad sebagai asing dan dianggap sesat. Ada juga yang menganggap Nur Muhammad sebagai Nabi Muhammad saw kerana ada perkataan Muhammad. Kita harus faham, Muhammad itu istilah bagi merujuk manusia. Orang Arab akan memanggil orang yang tidak dikenali sebagai Muhammad. Apa masalahnya jika Nur Muhammad ditafsirkan sebagai nur kemanusiaan atau nyawa manusia.
Timbul persoalan mengapa manusia bertingkat-tingkat martabatnya di sisi Allah swt ? Bagi orang kerohanian, tingkat-tingkat martabat manusia kerana kemuliaan taraf nyawanya. Nabi Muhammad saw bertaraf Qutubul Jalalah, Nabi Khidir, nyawanya bertaraf Qutubul Rahman. Ada juga manusia yang bertaraf Qutubul Ghauz dan Ghauz. Bagaimana dengan nayawa kita ? Bolehkah mencapai taraf mereka ? Usaha boleh, tetapi ketentuan, Tuhan punya kuasa.
Nyawa atau Nur Muhammad mengembara dari Alam Lahut, Alam Jabarut, Alam Malakut, Alam Roh, Alam Misal higgalah ke Alam Ajsam. Dulu saya ada baca perkataan Alam Ajsam tetapi tidak faham hinggalah guru saya baru-baru ini menyebut Alam Ajsam itu ialah Alam Jisim (fizikal). Kalau hendak dikira jauhnya perjalanan nyawa kita memang jauh dan memakan masa yang lama. Ke mana hendak dituju dek nyawa kita ? Yang saya nampak sampai ke alam akhirat. Istilah Alam yang lain itu lain kalilah saya cuba terangkan.
Nyawa sahaja tidak memadai untuk menjadikan manusia di muka bumi. Jadi malaikat pula kita kerana ia tiada nafsu dan akal. Di mana nya bergabung dengan anasir lain yang bertraf roh. Nyawa itu bertaraf zat. Mengapa zat ? Ia tidak menyerupai sesuatu apa jua pun. Apa bezanya dengan zat tuhan ? Tuhan merupakan zat yang menjadikan. Nyawa itu pula zat yang tidak menjadikan. Ada dalilnya dalam Qur`an, tapi saya tak ingat untuk coretkan di sini. Roh ini berbentuk. Apabila ia masuk ke dalam jasad, roh itu akan menyerupai jasad berkenaan. Kalau jasad orang Melayu jadilah rupanya orang Melayu. Cumanya ia ghaib pada mata kasar.
Di Alam Lahut hanya ada nyawa dan Tuhan. Di Alam Jabarut nyawa dipadankan dengan, roh, akal dan nafsu. Jika ada tiga unsur ini, ia dikenali sebagai Rohani. Di Alam Malakut, Rohani ini dipadankan dengan malaikat Hafazah dan Qarin sebagai pendamping. Di Alam Roh Rohani ini diambil kesaksian seperti di dalam ayat 172 Surah Al-A`raf.
Nabi Adam dan Siti Hawa sahaja yang terus jadi manusia dewasa tanpa zaman kanak-kanak. Anak cucu serta keturunannya sahaja yang melalui alam rahim sebelum ke alam dunia.
Yang akan dihisab dan mendapat balasan ialah akal, nafsu dan roh. Ketiga-tiga unsur inilah yang menentukan kerja buat jasmani. Kalau buat baik dapatlah balasan baik. Kalau buat kerja jahat dapatlah balasan untuk rang jahat. Nafsu akan menggoda akal dalam membuat keputusan. Roh pula akan melaksanakan apa yang diputuskan oleh akal. Di akhirat Rohani akan dikembalikan ke dalam jasad. Bukan senang hendak cari jasad yang asal. Bayangkan berbillion manusia yang dibangunkan dari kubur masing-masing. Guru saya ada mengajarkan amalan mengijabkan antara roh dan jasad. Tujuannya supaya Rohani itu mudah kembali masuk ke dalam jasadnya dahulu.
Lepas sembahyang fardhu baca
Fatihah 3X
Al Ikhlas 3 X
Selawat 3 X
Sebelum baca niatkan aku ijabkan roh dengan jasad. Mudah-mudahan Allah swt kabulkan permintaan kita. Amin...
Nyawa dan Tuhan tidak terpisah. Bolehkah terpisah ? Hukumnya mustahil. Zat hanya boleh berserta zat. Perbincangan nyawa ini boleh dikaitkan dengan pelajaran sifat 20. Ilmu ini dahulunya agak konservatif pembelajarannya keran murid hanya diajar menyebut dan mengingati maknanya sahaja. Lepas itu digandingkan sifat yang wajib dengan sifat yang mustahil dan satu sifat yang harus. Habis cerita. Kalau melalui pembelajaran cara kerohanian, ilmu ini boleh dikaitkan dengan ilmu sains juga dengan cara yang betul dan pemikiran yang terbuka. Guru saya amat kurang menggunakan hadith sebagai pembuktiannya keran tidak mahir dengan matan hadith. Maklumlah hadith ini banyak kategorinya. Kalau ayat Qur`an senang sedikit kerana ia tetap dari dulu hingga sekarang dan tetap terpelihara.
Saturday, December 5, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment