
Pada kali ini teman ingin ceritakan sedikit cara mana Tuhan mencipta rohani mengikut sifat 20. Mengapa sifat 20 ? Koman bebeno ilmu ini ? Bagi teman, kalau faham tak cukup umur teman nak huraikannya.
Mengikut konsep ilmu sifat 20, Tuhan menjadikan rohani menggunakan sifat Qohar. Kalau Diri Tuhan itu sendiri kita analisis mengikut konsep Sifat Jalal. Sifat Qohar terdiri daripada sifat qudrat, iradat, ilmu dan hayat. Emapat sifat ini cukup untuk mewujudkan Rohani manusia yang masuk ke dalam jasad manusia. Rohani inilah yang Tuhan ambil kesaksiannya di alam Roh.
Tidakkah Aku ini Tuhanmu. Jiwa itu menjawab "Ya ! Kami naik saksi (al A`raf:172).
Keempat-empat sifat ini tidak akan bererti apa-apa tanpa digerakkan oleh empat sifat Qodirun, Muridun, Alimun dan Hayyun. Sebenarnya, empat sifat ini adalah Asmaul Husna Tuhan. Cuma orang-orang dulu merangkumkannya dalam ilmu Sifat 20. Dari sinilah sebenarnya wujud konsep insan kamil ataupun insan rabbani. Empat sifat yang menggerakkan rohani itu juga dikenali sebagai Sifat Kamal. Empat sifat ini pulah digerakkan oleh sifat Wahdaniah. Hal ini kerana sifat Qadirun, Muridun, Alimun dan Hayyun tidak mutlak walaupun bertaraf Zat.
Perhubungan lapan sifat di atas adalah lazim-melazimi. Hasilnya terciptalah rohani manusia sejak Adam sehinggalah manusia akhir zaman. Dalam surah sajadah, Tuhan sendiri meniupkan RohNya ke dalam lembaga Adam maka hiduplah Adam. Anak cucu Adam pula ditiupkan Rohani tatkala janin berusia 120 hari dalam kandungan ibunya. Rohani inilah yang akan bersoal jawab selepas berpulang ke alam barzakh. Jasad hanya sebagai rumah rohani dan menjadi saksi perbuatan rohani. Jadi jasmani tidak berdosa. Secara zahirnya, hukum syariat dikenakan ke atas jasad.
Teman rasa cukup setakat ini dulu. Ilmu ini memang memeningkan kepala. Ramai yang tak suka untuk mempelajarinya walaupun syarat awal agama mahukan kita mengenal Tuhan. Guru teman suka menyelitkan lawak dalam kuliahnya supaya murid-muridnya tak lekas jemu. Ringkasnya, Rohani manusia dari alam yang sama dan sebaya umurnya. Mereka lahir ke dunia pada masa yang berbeza-beza mengikut giliran. Ada yang hidup lama dan ada yang sekejap untuk menjalani ujian. Matinya manusia hanya zahirnya sahaja. Jasad kembali ke tanah. Rohaninya kembali ke alam barzakh @ darul baido`.
No comments:
Post a Comment