Sunday, May 22, 2011

Roh

Dalam pemikiran orang Melayu dulu, roh ini difahami sebagai semangat. Dengan semangat barulah timbul kekuatan. Dalam persilatan atau perubatan ada yang menurun untuk memanggil roh supaya meresap ke dalam tubuh supaya menjadi kuat dan ada kuasa magis. Tak kiralah panglima hitam ke Hang Tuah ke, pokoknya mahu hebat. Satu cerita daripada emak saya. Orang Banjar dulu-dulu ada yang meniup serunai tengah malam untuk memanggil semangat padi. Dengan kehendak Tuhan, kawasan padi yang jauh lebih kecil manghasilkan padi yang begitu luar biasa apabila dituai.

Dari segi fitrahnya, satu jasad manusia hanya ada satu roh sahaja. Tidak timbul istilah ada roh lain yang masuk ke dalam tubuhnya. Kalau orang tersampuk atau menurun, roh tersebut hanya mempengaruhi fikiran atau qorin jasad tersebut. Memang ada khilaf tentang pendapat ini.

Dalam al Qur`an, ada ayat yang menyentuh perkara Roh.

Dan mereka akan bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah roh itu urusan Tuhanmu. Kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit. (Bani Israil:85-86)

Kebanyakan cerdik pandai Islam, meletakkan urusan sebagai yang tidak boleh dibincang kerana itu urusan Allah. Kepada teman, kalau begitu, padam sahaja ayat itu daripada naskah al Qur`an. Sepatutnya setiap ayat al Qur`an menjadi petunjuk kepada manusia. Cuba perhatikan ayat 2 surah al Baqaraoh.

Inilah kitab daripada Tuhan menjadi petunjuk kepada golongan yang mutaqqin.

Mengikut konsep sifat 20, Qudrat itu sifat makhluk yang digerakkan oleh sifat Qodirun (asmak Tuhan). Kepada manusia ia dikenali sebagai roh yang melahirkan kekuatan. Tugasnya mengikut kata akal atau nafsu semasa manusia. Ini secara umum. Untuk perincian sila baca buku Mengenal Roh karya Syeikh Abu Talib Naim cetakan Syarikat Doyan Shipping Sdn Bhd. 1974.

Kalau akal dan nafsu kotor maka kekuatan roh digunakan untuk perbuatan fasad dan mungkar. Itulah sebabnya jangan heran kalau yang dilihat alim agama atau anak beranaknya terlibat atau ditangkap kerana melanggar undang-undang negara. Mana taknya rohaninya buta dan kotor. Roh ini bertempat dalam saraf manusia iaitu melalui darah. Kalau manusia hilang darah kerana cedera mukanya pucat dan badannya tiada berdaya.

Mengikut sainsnya, darah membawa oksigen dan makanan untuk sel. Jadi yang mana satu roh ? Ini perlulah kajian sains biologi. Teman hanya nak kaitkan bahawa ilmu sifat 20 ini memang panjang hingga melibatkan sains. Walaupun Tuhan kata, manusia hanya diberi sedikit pengetahuan tentang roh, tetapi banyak kepada kita.

Teman simpulkan bahawa roh itu sebagai satu unsur jauhar yang tinggi nilainya, hidup, ringan, bergerak, melihat, bebas menembusi, mendengar dal lain-lain lagi. Dulu kita pernah dengar alim agama yang maarifatullah dilihat berada di beberapa tempat. Itulah rohnya. Ada ilmunya. Yang penting kita kenal roh dulu untuk menjadi hamba Tuhan supaya senang apabila berpulang kelak. Kelebihan dunia itu anugerah.

No comments:

Post a Comment