
Dalam al qur`an, manusia pertama dinamai Adam as. Gelarannya sebagai bapa manusia. Ahli kerohanian berpegang prinsip Adam Sofiullah. sejak bila? Apabila Adam sampai ke Tanah Haram Mekah. Adam tidak berbapa dan beribu. Dari segi ilmu logik, manusia mesti berasal daripada spesis manusia. Penciptaan Adam adalah penghujung hujah logik tersebut. Banyak perincian ulamak tentang unsur-unsur material penciptaan Adam as. Jasad Adam terdiri daripada sari pati tanah yang diambil dari merata tempat di bumi dan tanah dari syurga. Apabila terbentuk lembaga Adam maka dibiarkan sekian lama untuk menerapkan unsur angin, air dan api.
Setelah sempurna penciptaan lembaga Adam, Tuhan meniupkan sebahagian RohNya lalu hiduplah Adam.
Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh(ciptaanNya) ke dalam tubuhnya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hatimu tetapi sedikit sekali kamu bersyukur [As Sajadah:9]
Fitrah manusia tidak akan berubah sehinggalah masa yang Tuhan tentukan. Cuma saiznya sahaja yang berubah. Kalau Adam tingginya 70 hasta Arab maka keturunannya semakin rendah mengikut perubahan masa. Bahasanya Suryani (Syirya kuno). Kalau Adam daripada tanah yang ditempa, keturunan Adam daripada tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan (taraib). Hawa tetiba wujud apabila Nabi Adam sedar daripada tidur. Ada yang berpendapat daripada tulang rusuk kiri Adam. Cuba kira tulang rusuk keme sendiri, cukup tak ? Ada yang berpendapat Hawa tercipta daripada Nafsu Adam. Hujahnya ialah namapun Hawa. Hawa bermaksud perangai nafsu itu sendiri.
Apa yang penting ialah Roh yang Tuhan tiupkan ke dalam jasad Adam dan bani Adam. Dialah yang datang dari Tuhan dan akan dikembalikan kepada Tuhan. Jasad daripada tanah dan kembali ke tanah. Habis cerita. Yang tak habis cerita adalah nasib Roh.
Kesimpulannya, Tuhan memang mahu menciptakan manusia. Untuk apa ? Dalam qur`an, manusia dijadikan khalifah di muka bumi setelah golongan jin gagal berperanan sebagai khalifah.
Mungkinkah Tuhan akan menggantikan spesis manusia dengan spesis yang lain sebagai khalifah ? Ntahlah. Tuhan yang maha tahu. Dalam hadith qudsi, Tuhan mahu manusia mengenaliNya. Dalam ilmu tauhid, mengenali Tuhan hukumnya fardhu ain. Tak boleh mengelak dan buat lebih kurang.
No comments:
Post a Comment