Tuesday, May 10, 2011

Sifat Jalal 1


Dalam penulisan sebelum ini, ada ditulis berkenaan Sifat Jalal Tuhan dengan harapan dapatlah sedikit gambaran siapa Tuhan. Dzat Tuhan ini tersembunyi. Ada yang menggunakan istilah ghaibul ghaib. Maknanya, tidak terkaji oleh makluk tentang Diri Tuhan. Kalau nak tengok juga wajah Tuhan, boleh dengan syarat dapat masuk syurga tingkat paling atas. Selesai masalah. Dalam salah satu hadith Qudsi, Allah berfirman;

Aku ini perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan makhluk.

Dalam versi yang lain Allah berfirman;

Aku ini perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali. Hanya kekasihKu sahaja yang mengenaliKu

Dalam bahasa Arab, kekasih Allah itu habibullah, macam Nabi Muhammad saw. Kalau Nabi Ibrahim khalilullah dan Nabi Isa Rohullah. Ini taraf manusia tersebut.

Kalau dilihat tafsir ayat al Quran, surah Al Insan ayat satu;

Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

Maksudnya pada ketika itu hanya Diri Tuhan sahaja yang ada. Yang lain tak ada. NamaNya pun tak ada. Ada yang menggunakan istilah La Ta`yun. Maksudnya tiada kenyataan.

Kesimpulannya, Diri Tuhan tidak mampu dikaji tetapi wajib dikenali dengan menggunakan disiplin bantu. Orang yang mengenal Tuhan digolongkan sebagai kekasihNya walaupun zahirnya tiada apa-apa yang istimewa dalam kalangan manusia. Dirinya terkenal dalam kalangan penduduk langit.

No comments:

Post a Comment