
Dulu semasa teman belajar di USM, Dr. Noriah Taslim suka benar mengemukakan pandangan tentang akal mengikut pendapat Dr. Syed Hosin Nasr, iaitu akal kulli. Ini masa dulu. Teman pun dapat rasakan ruang lingkup pembicaraan tentang akal tidak sampai ke mana kerana tiada asas punca perbincangannya.
Mengikut pengajian Sifat 20, perbicaraan tentang Sifat ilmu ada membahaskan tentang akal pada kita. Tuhan menciptakan akal daripada Sifat Alimun (Sifat Kamal). Akal inilah di antara makhluk terawal yang dicipta qalam, lauh mahfuz dan nur. Makhluk inilah yang dikasihi Tuhan. Melalui akallah diturunkan kalamNya. Teman memegang konsep kalam Tuhan turun kepada setiap nabi dan rasul sama ada melalui perantaraan Malaikat ataupun terus kepada manusia terpilih tersebut. Pegangan teman ini boleh mengundang kontroversi tetapi fikirlah sedalam-dalamnya dengan ikhlas. Bagi kita umat Muhammad saw, kalau disebut kalam Tuhan pastilah Qur`an. Bagi teman, kalam kepada Nabi Adam, Nuh, Idris pun taraf Qur`an. Hadith Qudsi pun kalam Tuhan juga. Kalau ilmu laduni bagaimana ? Ilmu ini terus daripada Tuhan.
Satu perkara yang begitu sensitif kepada umat Islam di Tanah Jawi ini ialah istilah Rasul dan Nabi. Setakat ini, ustaz feqah yang mengajar teman berpendapat kalau Nabi dan Rasul sudah tiada lagi. Bila ada manusia yang mengaku Rasul Melayu cepat-cepat dikatakan sesat. Bagi teman yang mengaji ilmu bahasa Melayu (Linguistik Melayu), kalau dilihat maksud Rasul tu pesuruh dan Nabi tu maksudnya penyampai. Tak salah kalau ada yang mengatakan yang dirinya Rasul atau Nabi. Yang pentingnya jangan risalah yang dibawanya tersebut bertentangan dengan al Qur`an dan sunnah yang sedia ada. Memang ada ayat al Qur`an yang bermaksud Nabi Muhammad saw sebagai penutup kenabian. Teman akur. Musailamah al Kazab dan Mirza Ghulam Ahmad itu nabi palsu. Teman setuju. Untuk menjaga kemaslahatan umat memang molek digunakan istilah pewaris nabi atau pewaris rasul.
Satu perkara yang menguji akal kita ialah, Qur`an itu qadim (qidam- sedia) atau makhluk. Bercakaran umat Islam dan ada yang sanggup berbunuh-bunuhan. Kalau belajar ilmu sifat 20, cepat sahaja masalah tersebut diselesaikan. Yang bertaraf zat mutlak ialah Sifat Nafsiah dan Sifat Salbiah.
Satu cara lagi untuk mengelaskan quran itu qadim atau baharu adalah dengan mengikut pendapat guru teman, iaitu Ustaz Ariffin b. Ngah. Qur`an daripada Tuhan kepada malaikat itu qadim. Daripada malaikat kepada Nabi Muhammad qadim. Daripada Nabi Muhammad kepada umat quran itu baharu. Hal ini kerana quran yang lisan itu bersuara dan ada yang bertulis. Kalau begitu ia bukan qadim lagi. Teman amat berharap jika ada kontroversi berilah pendapat yang membina kerana besar manfaatnya dalam perkembangan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bab tauhid yang semakin dagang.
Berbalik tentang akal, ia boleh dihuraikan menggunakan konsep lembaga akal. Lembaga akal inilah yang menjadi imam kepada kita. Segala keputusan untuk bertindak bermula dari sini. Walaupun kita bersolat sendiri tetapi tetap dalam satu jamaah. Pelik bukan! Semasa solat, roh, nafsu, akal dan nyawa pun kena solat. Kalau tak tahu, jawapnya masuklah ke dalam neraka wail. Mana taknya. Gerenti kita tak khusyuk. Dalam feqah, ini namanya rukun qalbi.
Celakalah orang yang solat. Yang lalai terhadap solatnya.
(Al Maun:3-4)
Lembaga akal terdiri daripada Fikir, Sukma, Budi, Rasa dan Manik. Setiap elemen tersebut ada peranannya. Makamnya di belakang otak kita, iaitu di serebelum. Fungsi elemen tersebut teman tak dapat tulis sebab tertinggal di rumah. Lain kali insyaAllah teman cuba tuliskan. Yang penting setiap elemen tersebut kena cuci. Hal ini dinamakan cuci lembaga akal untuk membuaka mata hati. Sixthsence gamaknya ataupun Fuad. Kalau pembaca budiman nak cuci lembaga akal kena dapat lesen daripada Ustaz Ariffin. Teman bukan guru. Cerita lebih kurang bolehlah. Baiat ini penting dalam menuntut ilmu ini. Ia juga untuk mewujudkan pertalian nyawa atau Nasab Afidah. Guru sebenarnya akan memantau perjalan ilmu muridnya walaupun di mana kita berada. Teman pun kena pantau. Kalau tak betul siap le. Ceritanya untuk mencuci lembaga akal ialah dengan menggunakan kalimah Haq. Haq itu Asmak Tuhan. Setiap elemen itu dizikirkan secara khafi sebanyak 100 kali. Waktunya paling sesuai tengan malam. Lebih kurang pukul dua hingga empat dinihari. Sebabnya, inilah waktu paling tenang.
Kesimpulannya, akal yang menjadi komponen rohani bertanggungjawab menjaga nafsu supaya jasad tidak melakukan perbuatan yang mungkar secara umumnya. Biasanya nafsu mendorong kepada perbuatan maksiat kecuali nafsu yang baik. Dalam jasad kita ada 4 nafsu jahat dan 4 nafsu baik. Nafsu jahat itu Amarah, Lawamah, Sawiah dan Natikah. Nafsu baik tu, Radiah, Mardhiah, Mutmainnah dan Kamalah. Akal kena jaga agar nafsu sentiasa baik. Teman harap coretan kali ini ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment