Tuesday, October 20, 2009

ANTARA KELAPA & KELAPA SAWIT

Orang-orang dulu amat menghargai kelapa kerana pelbagai gunanya. Dari pucuk hinggalah akarnya. Ia untuk kegunaan sendiri dan komersial. Baiknya ia mesra alam. Kelapa sawit datangnya kemudian dan bersifat komersial. Atas kertas ia memang menuntungkan. 20 hari boleh dituai buahnya. Kalau kelapa 60 hari baru boleh dikait buahnya.

Nampaknya dengan kemajuan teknologi pertanian, sawit telah mendapat tempat. Tidak cukup dengan pekerja tempatan warga asing menjadi pilihan. Sekarang RM 300++ setan. Kalapa baru 50 sen sebiji bulat di kebun. Kawasan kelapa pun semakin mengecil.

Sepatutnya kelapa patut dipertahankan. Dengan kemajuan teknologi baru bolehlah dimanfaatkan sepenuhnya tumbuhan berkenaan. Walaupun santan kelapa yang popular tetapi kelapa muda ada pasaran yang menarik. Minyaknya patut dinaik taraf pnyulingannya supaya setara dengan sawit. Tidaklah hanya tertumpu pada penghasilan minyak dara.

Harga komoditi ini patut dilindungi seperti padi yang ada kupon, RM 12000 setan. Pekebun kecil patut dilawati kerana mereka masih lagi berfikiran lama dan sudah tua. Memang mereka malas ke kekbun dan mudah bagi mereka supaya kebun dipajak. Jadi pihak kementerian kena fikir masa depan mereka dan nasib kelapa. Patutnya ada promosi kerja di kebun kelapa. Upahnya kompetetif upah kait atau kopek kelapa 10 sen sebiji. 200 biji sudah 20 ringgit. 90 minit boleh selesai. Mana ada gaji kerja kilang sebagai operator dapat gaji semudah dan semahal itu. Memang tidak glamour dan kotor tetapi hasilnya berbaloi. Kalau diikutkan sehari boleh kopek 600 biji. Upahnya 60 ringgit separuh hari sahaja.

Kesimpulannya, bidang ini ada masa depan yang baik jika kena gayanya. Tidaklah generasi muda hanya tahu kerja di bandar terutamanya di sektor perkilangan. Mungkin mereka beranggapan telah penat belajar 11 tahun di sekolah mereka patut kerja senang dan gaji lebih baik. Yang ini patu pemimpin pendidikan fikir untuk membetulkan mindsetting para generasi muda.

No comments:

Post a Comment