Sejak 23 Julai 2009 ramai pelabur EEE Sdn. Bhd. terkedu apabila Bank Negara membuat serbuan dan membekukan semua akaun syarikat. Bayangkanlah berapa ramai yang termangu-mangu dan beremosi dengan tindakan yang sebegitu. Berapa ramai yang telah membuat pinjaman daripada pihak bank dan terpaksa membayar kembali pinjaman. Mana ada pihak bank faham bahawa pelabur tidak lagi mendapat hibah bulanan.
Berapa ramai yang sabar dengan afal Allah ini. Memang telah ditubuhkan Koperasi EEE Bhd. tetapi belum menampakkan sinar yang mendinginkan nafsu yang bergelora. Sudah kedengaran pelabur mencari penyelesaian sendiri dengan menjual emas yang dimiliki kepada pihak lain kerana terpaksa dan masih mengalami kerugian.
Dua hari sudah emas mencapai harga tertinggi dalam sejarah tetapi tidak boleh dibuat R&C kerana masalah pegawai yang biasa tidak bertugas. Orang lain tidak mahu menguruskannya walaupun tugasnya dalam bidang yang sama.
Semoga Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada hamba-hamba yang berdosa menyelesaikan hutang piutangnya.
Saturday, October 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment