Saturday, October 24, 2009

Koperasi EE Bhd yang suram

Baru dua hari buat road show di Teluk Intan, Koperasi EE Bhd diserbu oleh SKM. Dengar ceritanya sebuah bas yang datang menyerbu pejabat sebaik sahaja bosnya keluar dari pejabat. Sejumlah RM 3 juta nilai emas yang diangkut. Pejabat tidak boleh beroperasi dan lembaga pengarah digantung.

Insiden ini akan memberikan reaksi yang pelbagai kepada pelabur. Yang panik jadi setengah gila. Yang tiada hutang senyum tawar. Yang banyak hutang sesak nafas. Kalau pelabur takut, pihak pentadbir koperasi lagi takut.

Saya juga pelabur besar di EEE. Separuh gaji habis untuk bayar hutang bank selama 10 tahun. Tidak banyak yang boleh diselamatkan kerana separuh disimpan dalam kompeni EEE yang akaunnya masih beku. Cuma yang dibank sahaja boleh diurus tapi nilainya kurang 65% kerana bayar upah simpan.

Pengajarannya, insiden ini menjadi pendorong saya untuk belajar lebih berhati-hati. Tidak ada orang yang berjaya yang tidak mengalami dugaan. Donald Trumph pernah bankrap beberapa kali tetapi terus berusaha hingga berjaya. Di kampung saya Hj. Rosli pernah termenung sebulan kerana sahamnya lebur RM 3 juta kerana peristiwa Sept 11. Beliau tetap terus berusaha untuk berjaya. Sayapun berazam begitu

No comments:

Post a Comment