Tuesday, October 13, 2009

YANG KITA WARISKAN ANTAH

Dalam sedar tidak sedar 52 tahun telah berlalu kemerdekaan negara. Setelah lebih setengah abad penjajah membawa pulang khazanah kekayaan negara, kini yang tinggal hanya serdaknya sahaja. Itu belum lagi hamba seks yang dibawa pulang ke negara mereka. Yang ini belum ditemui dalam buku sejarah negara. Yang pastinya berlaku. Tidak kiralah ketika Portugis, Belanda mahupun Inggeris.

Generasi awal merdeka nampak kegigihannya untuk membangunkan diri dan negara. Kesedaran beragama yang diwarisi menyebabkan mereka melahirkan generasi cerdik pandai dan golongan inilah yang mentadbir negara hingga kini. Toleransi masyarakat pelbagai kaum pun lebih ketara dan ikhlas berbanding dengan masyarakat kemudiannya.

Setelah bersilih ganti pimpinan negara yang mencorakkan landskap masyarakat nampaknya menumbuhkan tunas-tunas muda yang mandul yang melatari masyarakat negara kita. Kalau dibaca kajian orang luar tentang sikap membaca masyarakat kita terlalu rendah, daya saing juga rendah. Bahkan kalau ditimpa bencana seperti di padangpun majoritinya mati beragan.

Lihat sahaja di tempat kerja, apabila dimaki dan diherdik oleh majikan kerana sikap culas mudah sahaja merajuk dan akhirnya berhenti kerja. Mana ada dalam dunia pekerjaan swasta ataupun kerajaan alirannya lancar dan penuh sopan santun. Teorinya mungkin tetapi sifatnya ideal. Apabila penagih dadah dikelaskan sebagai pesakit maka bertambah-tambahlah jumlah pesakitnya hingga tidak muat pusat serenti. Apabila mereka mengamuk maka bertempiaranlah warder pusat serenti menyelamatkan diri. Golongan yang mempersendakan agama Islam pun boleh mengepak dada kerana hukumannya apalah sangat. Paling kuatpun denda atau penjara. Itupun boleh membuat rayuan dan masa perbicaraannya boleh dipanjangkan. Paling lawak orang Islam pun kata undang-undang Islam kejam dan lapuk. Hutang sepuluh ke dua puluh ribu cepat sahaja diambil tindakan. Kalau hutang berbillion tidak mengapa. Ada yang cover. Budak hingusan di sekolah dapat 60 markah peperiksaan pun dapat gred A. Imigran luar dijemput bekerja di pasaran pekerjaan sebagai buruh. Sekarang inipun jumlahnya lebih 3 juta dan mereka terus datang. Lagi dan lagi.

Lihat beberapa belas tahun akan datang, landskap masyarakat, ekonomi, politik negara akan berubah. Yang memegang kuasa ekonomi akan menguasai negara kerana masyarakat dan politik memerlukan wang untuk terus hidup. Ini hukum akal. Hukum Tuhan boleh mengubahnya. Yang tinggal untuk generasi esok hanya antah kerana kekayaan dan kuasa dimiliki oleh orang lain. Tempat tinggal pun tidak selamat kerana tercemar.

No comments:

Post a Comment