Monday, October 19, 2009

ORANG ISLAM MALAYSIA SUSAH NAK MAJU

Sekali imbas, memang menghina nampakang tetapi itulah hakikatnya. Bak kata pepatah yang pandai tidak boleh diikut dan yang bodoh menyusahkan. Sejak dari dulu lagi ramai orang kita pandai mengaji. Hanya takat itu sahaja. Itulah yang dibangga-bangga oleh orang kampung bahkan ke peringkat nasional. Mungkin ke peringkat antara bangsa. Macam orang kita boleh membaca ayat orangap Inggeris. Sedap bunyinya bahkan sekali lalu ingatkan mat salleh rupanya mat kuyu. Cuba dengarkan artis kita menyanyikan lagu Inggeris tak ubah seperti orang Inggeris.



Bagus orang Islam boleh mengaji tetapi ini tahap kanak-kanak yang baru mengenal hurus dan bunyi bahasa Arab. Yang meningkat dewasa dan golongan dewasa patut tahu apa maksudnya. Tak banyak ayat al Quran itu lebih kurang 6 ribu lebih. Barulah kita akan nampak jalan di depan. Mana yang lurus, yang bengkok atau tidak ada jalan. Tapi inilah yang terasa beban lebih daripada Bukit Qaf.



Tidaklah nanti kita perasan sendiri dengan bangganya mendakwa negara kita mengamalkan ajaran Islam. Contonya ada mahkamah syariah, bank Islam, tabung haji, insuran takaful Islam dan kutipan zakat. Paling gah ialah Islam adalah agama rasmi. Mereka lupa yang mengiktirafnya ialah Perlembagaan penjajah.



Patutnya ada slot tafsir dalam media elektronik. Rasanya tidak sampai 1 % pun yang menyiarkan hal agama di tv ataupun radio. Yang adapun menyentuh hal feqah keluarga ataupun ibadat khusus. Jadi pemikiran rakyat tidak akan sampai ke mana wal hal potensinya amat hebat bahkan boleh meneroka ke angkasa lepas. Silapnya kerangka fikirannya tidak mantap dan jelas. Yang pandai mengambil kesempatan mencari keuntungan sendiri dan yang bodoh mencari-cari jalan menyusahkan orang lain.

Kesimpulannya, dayung sudah di tangan dan perahu sudah di air. Mahu atau tidak sahaja untuk berdayung

No comments:

Post a Comment