Dulu orang Melayu bangga dengan peribahasanya yang bertujuan dijadikan sebagai alat pendidikan generasi muda. Timbullah periahasa Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Dengan perubahan merasa dan suasana maka adalah peribahasa yang semakin melapuk.
Air dan minyak tidak akan bercampur. Orang dulu memang percaya yang baik dan jahat tidak akan bersama. Ada juga tujuan lain peribahasa ini. Dengan kepintaran manusia hari ini telah timbullah satu kaedah untuk mencampurkan bahan ini menjadi sebati. Yang perlu ialah pemangkin, iaitu melalui proses pembauran. Yang baik dan jahat juga akan bersebati yang akhirnya menjadi jahat. Pemangkinnya ialah kejahilan.
Emak boleh menjaga sepuluh anak tetapi sepuluh anak tidak boleh menjaga seorang emak. Nampaknya dunia sudah terbalik. Hari ini pun seorang emak pun sudah tidak mampu menjaga seorang anak. Mana tidaknya emaknya berkerjaya dan selalu out station. anaknya terbiar bersama pengasuh ataupun datuk neneknya. Akhir sekali neneknya akan dipanggil emak dan datuk dipanggil bapak. Nampaknya kes seperti ini semakin menular dan semakin banyak.
Ada duit semua boleh jadi. Yang ini dulu mungkin banyak benarnya tetapi semakin tua maka semakin sedikit benarnya. Kesihatan kita akan menghakis kebenaran peribahasa ini. Semakin tua semakin banyak penyakit yang bertandang. Akhir sekali ialah maut tidak boleh dibayar dengan wang. Manusia sanggup menggadaikan seluruh hartanya untuk menambah hari hayatnya.
Walaupun perbincangan ini ada kelemahan tetapi memperlihatkan ilmu masyarakat dahulu yang begitu bernilai akan hilang nilainya kerana kejahilan pewarisnya yang semakin nyata selaras dengan perubahan zaman. Ada juga peribahasa lain yang senasibnya tetapi tidak dibicarakan di ruangan ini.
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment