Saturday, October 10, 2009

PENILAIAN DAN PENGUKURAN SEMBERONO

Setelah sekian lama masyarakat kita dinilai dan diukur secara semberono menyebabkan kebanyakannya tidak ada kualiti untuk bersaing di pasaran pekerjaan sama ada di dalam ataupun di luar negara. Mereka terpaksa berusaha sendiri untuk meningkatkan kualiti diri setanding dengan masyarakat di sekelilingnya.

Kita tengoklah dalam pasaran pekerjaan di Malaysia sendiri hari ini, kebanjiran pendatang asing yang dulu hanya berlaku pada zaman kolonial Inggeris berlaku sekali lagi. Kepada kita mereka tiada kualiti kerana tiada kelulusan akademik bahkan tiada yang pernah bersekolah tetapi mengapa mereka diterima oleh majikan untuk bekerja. Tentu mereka ada kualiti untuk diambil bekerja walaupun mereka dibayar murah ataupun dimanipulasi oleh majikan. Lama-kelamaan generasi berikutnya akan menjadi majikan dan warga tempatan generasi berikutnya pula menjadi pekerja kepada pendatang. Kemana perginya kualiti yang kita ada ?

Pernah dulu ketika berada di pejabat pos, terdengar bualan seorang bapa keturunan Cina berdialog dengan seorang pakcik yang agak berumur. Apek Cina itu mengatakan keputusan SPM tiada kualiti dan patut dicampak sahaja ke sungai Perak. Pelajar yang cemerlang pun tidak layak untuk meneruskan pengajian di universiti Singapura. Si Pakcik pun menunjukkan emosinya dengan mengatakan mana boleh tetapi tidak ada hujah menangkis hujah Apek Cina. Kebetulan pula Pakcik itu sendiri berbaris di barisan kaunter yang salah untuk berurusan dengan pejabat pos. Natijahnya, orang kita sendiri dangkal pengetahuan amnya berbanding dengan Apek tua. Dia juga yang membantu pakcik supaya masuk ke barisan kaunter yang betul.

Pernah kita terfikir , tetapi patutkah semua pelajar dalam satu-satu tingkatan mesti lulus dalam ujian dalam sebarang mata pelajaran walaupun sebahagian besar markanya dalam bentuk kerja kursus. Bagi sekolah berasrama penuh mungkin jawapannya patut tetapi bagi sekolah pinggir bandar atau luar bandar jawapannya tidak patut. Arahan dari langit menuntut supaya supaya pelajar mesti lulus. Patut ke ?

Dari segi yang lain pula, golongan artis mendapat tempat yang istimewa di hati masyarakat termasuklah pemimpin negara. Mereka diangkat dan dijulang seolah-olah mereka adalah pelopor ketamadunan bangsa. Merekalah yang memenuhi ruangan media. Tidak cukup dengan artis tempatan, ditambah pula dengan artis luar Dato`. Golongan cendikiawan pula seperti melukut di tepi gantang. Walaupun sumbangan mereka amat penting tetapi gambarkan sebagai kelompok yang menyusahkan. Kita tidak mampu mewujudkan Pak Ungku kedua yang masin air liurnya. Tiada siapa yang berani menghalangnya. Sebernas manapun ideanya ia hanya tinggal idea kerana mengganggu orang berkepentingan. Cuma cendikiawan kangkung sahaja yang merasakan tiada apa yang perlu dirisaukan. Wal hal dalam keadaan sekarang masyarakat semakin bejat bermula dari akar umbi sehinggalah ke pucuknya. Mungkin setelah berlakunya gempa dan tsunami barulah orang kebanyakan ada sedikit keinsafan. Bagi yang berkepentingan ini adalah takdir..

No comments:

Post a Comment