Saturday, October 10, 2009

Mengenang kembali keberadaan Manusia

Jarang kita terfikir bahawa manusia berasal dari satu punca, iaitu Adam as. Daripada bagindalah bertebaran manusia ke seluruh pelusuk dunia. Pada hari ini kita lahiriahnya berbeza bahasa, warna kulit, saiz badan mahupun amalan pemakanannya. Kewujudan manusia bernama Charles Darwin menyebabkan ramai manusia yang sudah jauh daripada kepercayaan bertuhan menyebabkan mereka percaya secara sedar bahawa manusia berasal daripada beruk. Digunakanlah bukti penemuan tulang yang dikatakan tulang beruk dan dibandingkan dengan tulang manusia. Bgaimanapun sejak lima ratus tahun lalu beruk tetap beruk dan manusia tetaTidak manusia. Tidak ada pula tanda kedua-dua makhluk itu berevolusi.

Dalam al Quran memang ada peristiwa umat nabi Musa as dihukum menjadi kera dan babi. Mengikut pentafsir ia boleh jadi berperangai kera dan babi atau mereka benar-benar berubah menjadi binatang. Ini tidaklah menjadi hujah bahawa manusia memang berasal daripada binatang beruk.

Yang berlaku sekarang, walaupun manusia memang keturunan Nabi lagi Rasul, mereka tetap bersengketa dan saling menumpahkan darah. Apa yang dicari hanyalah sedikit kuasa, kekayaan, pasangan dan makan minum. Itu semuapun tidak lama kerana mereka terpaksa mati. Hari ini bangsa Yahudi begitu aktif untuk menguasai Palestin dan ekonomi dunia dengan harapan memperoleh kuasa. Yang lain boleh diurus dengan wang.

Pengajarannya, sebagai hamba Tuhan yang beriman harus memahami semua permainan hidup itu adalah satu ujian bagi setiap hambaNya. Sesiapa yang hanyut dengan permainan dunia ini maka gagallah dia sebagai hamba Tuhan. Yang berjaya adalah hamba yang sentiasa menurut apa yang diturunkan kepada mereka, iaitu al Quran sebagai panduan.

No comments:

Post a Comment