Sunday, October 18, 2009

HARAPAN BARU KEPADA PELABUR EEE

Tanggal 17 Oktober 8.30 malam telah diadakan sambutan Aidil Fitri oleh Koperasi EE Bhd. di Dewan Bandar Baru. Dipengerusikan oleh seorang veteran perang Pak Karamu. Tidak ramai yang hadir, sekitar enam pulu ke tujuh puluh lima orang rasanya. Ramai yang agak hampa kerana majlis diadakan pada waktu cuti. Masing-masing ada keperluan di tempat lain.
Bagaimanapun majlis tetap dijalankankan. Ketika sampai Pak Karamu sedang berucap. Pengerusi Koperasi dan seorang ahli lembaga pengarah ada memberikan sedikit ucapan. Yang penting ucapan Presiden Koperasi, Sdr. Amin Sufian. Janjinya mulai Isnin ini, giliran pelabur dari Teluk Intan pula dipindahkan ke Koperasi EE Bhd. Lagi katanya 40% pekerjanya lari kerana takut dengan ragam pelabur yang inginkan khabar tentang EEE yang disiasat oleh Naga, Bank Negara. Sekarang diperlukan 1/2 billion untuk proses pemindahan. Jadi mereka perlukan masa. Geng dari KL dan Johor sudah selesai. Public Gold kepunyaan Benson Yeoh sebenarnya mencetak currency. Yang ini lagi haram tapi tiada tindakan. Belum ada pekilang emas di Malaysia yang dapan paten untuk mencetak emas 999. Kalau rasa ada yang perlu dibincangkan secara personel datanglah ke KL terus jumpa saya.
Pak Karamu mengulangi esok pagi jam 8.10 tontonlan Selamat Pagi Malaysia, Amin Sufian dan Datok Salleh Majid beri penerangan tentang Koperasi EE Bhd. Datuk Pahamin Rejab invest RM 3 juta dan Datuk Salleh Majid invest RM 1 juta. Sebenarnya Bank Negara tak kata EEE haram dan boleh berniaga tapi akaun tetap dibeku. Niaga kepala hotak dia.
Dalam sesi perbincangan ada yang tidak puas hati dengan cara pengurusan EEE yang kelam kabut dan tidak tepat janji. Hibah koperasi rendah, RM 260. Dan ahli lembaga pengarah pula muka yang sama dengan di EEE.
Kesimpulannya, para pelabur yang setia anda akan dapat hasilnya tidak berapa lama lagi dan kalau dibiarkan sehingga anda berusia 50 tahun, anda akan dapat merasai umphnya. Sabar ya !
10.30 tamat sesi soal jawab. tetamu pun makan. Menu boleh tahan.

No comments:

Post a Comment